![]() |
i love u sis ... we all love u.. keep going.. Allah ada bersama orang-orang yg sabar .. |
Panggilan itu membuatkan nafasku kian tidak teratur,setitis demi setitis air mata mengalir laju tanpa dapat diseka lagi. Pengkhabaran itu membuatkan tubuh kecilku mengeletar. Peritnya kenyataan yang terpaksa dihadapi. Tidak tertanggung rasanya. Tapi itulah yang dinamakan kehidupan penuh ujian serta pancaroba. Dan ... hakikatnya, kakakku kanser.
Aku termenung jauh, dia kakakku... teman sepermainan yang menyeronokkan. Musuh tradisi dikala sunyi bertandang. Orangnya cantik manis, suka ketawa dan seorang yang sangat pandai. Aku hanyalah pelajar biasa manakala dia bakal doktor yang akan mengubat kanak-kanak kecil yang memerlukan. Hidup kami penuh kasih sayang. Pengkhabaran itu bermula apabila kakak membuat satu pembedahan kecil pada lehernya. Dapatan awal itu hanyalah ketulan biasa. Seminggu selepas pembedahan dijalankan dan didapati dia menghidap kanser. Pengajiannya disebuah insitusi tinggi tempatan terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan pada rawatan yang bakal dijalankan.
Aku masih belum mampu mendepani hakikat ini. Terasa mahu tumbang, namun dengan sokongan kawan-kawan memberikan semangat aku tetapkan hati. Akhirnya, kakakku sampai dari tempat pengajiannya ke rumah. Hari itu, aku masih ingat hujan turun renyai-renyai segundah hatiku. Bagaimana dia? macam mana aku boleh membangkitkan semangatnya? adakah dia sedang bersedih,.... yang aku takuti adakah dia akan mengalami kemurungan?.. apakah yg perlu aku katakan padanya ...
Sesampai aku dirumah, dia tersenyum seperti biasa. Tiada langsung kesedihan dimatanya. Dia seperti biasa. Dan aku, masih berduka. Mataku masih bengkak kerana menangis, sedangkan matanya bersinar penuh kebahagiannya. Ya Allah, tabahnya dia. Aku terkagum seketika. Sepanjang kami berbicara tidak pernah dia menangisi penyakitnya. Dia cuma biasa-biasa sahaja. Sehingga ada ketika aku terlupa, kakakku kanser. Ibu bapa kami berikhtiar cara moden serta tradisional. Dia hanya menurut sahaja tanpa banyak kerenah.
Akak seorang yang suka memasak. Rawatan
itu membuatkan deria rasanya hillang (*sementara waktu sahaja iaiatu
sepanjang rawatan) dan aku adalah insan terpilih untuk menghabiskan
spegeti masakannya yang sangat pedas dan masam itu. Dia makan dengan
senyuman aku pula dengan keterpaksaanya. Tapi aku sabarkan diri, pada
akak pantang besar masakannya tidak habis atau tidak sedap. Muka aku
kelat-kelat masam. Namun, demi sygnya maka aku telan jua.
Semasa dia masih menjalani rawatan
radioterapi, aku terpaksa pul;ang ke tempat pengajian. Suatu hari, ibuku
diserang penyakit lelah yang agak teruk. Dia berada disisi,...... ibu,
kenapa dia sakit?.... kami tersentak .. rupanya, dalam ketabahan itu
tersembunyi kesedihan yang menangis di dalam hatinya.
Oleh kerana, kansernya dikesan pada peringkat awal maka rawatan yang diperlukan hanyalah radioterapi. Aku menemaninya saban hari ketika cuti masih bersisa. Akibat rawatan itu, dia kehilangan deria rasa, wajahnya juga terkesan. Namun, itu cuba kesan seketika. Kami mengadakan solat hajat memohon pada Allah yang esa. Segala ikhtiar dicuba. Setelah 26kali berhadapan dengan rawatan itu akhirnya, sel kanser itu hilang. Alhamdulillah. Dia kakakku kini mula meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dr juga kagum dengan proses pemulihan yang berlaku. Jarang-jarang kes yang menunjukkan perkembangan sebegini. Aku bersyukur. Sememangnya sikap positif dan optimis sangat diperlukan.
Tapi, kakakku tetap kakakku .. dia sentiasa positif dalam hidupnya. Aku meminjam ketabahannya ketika menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Semoga sakitnya tidak berulang. Kami sayang akak... wa love u so much... Ketabahan dan sokongan orang sekeliling mampu membantu. Andai ada dalam kalangan kita yang berhadapan penyakit ni... tolong jangan berputus asa, mohonlah pada Allah yang esa. Cara kita berhadapan itu yang penting. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung untukku. Hadapi dengan senyuman dan bersangka baiklah. Ujian itu penting untuk jadikan kta lebih kuat.Be positif n say no to negatif .. :)
salam kenal dari kam i sekeluarga.....
ReplyDeletesalam perkenalan juga dari Chenta .. :) keep smile n happy always..
ReplyDelete