Thursday, 29 March 2012

::Kemalangan itu::

Wajah pucat itu penuh kedukaan. Langkah yang longlai menggambarkan kesengsaraan. Namun, dalam kepayahan Ana Ilyani pemilik diri masih cuba melemparkan segaris senyuman. Segumpal kegalauan disimpan di hatinya. Biarlah aku yang menderita tapi bukan orang sekelilingku. Kehilangan seorang sahabat lebih memeritkan dari kehilangan satu cinta. 

Ana Ilyani, jeritan memanggil namaku. Aku berpaling kebelakang. Kelihatan seorang lelaki memandang tajam ke arahku. Entah kenapa aku seolah terpaku. Suara itu seperti pernah aku dengari. Tangan kecil ini direntap kasar. Sejurus selepas itu, aku terpelosok ke tepi jalan. Subhanallah,.... Lelaki itu mengalami luka kecil di kepala. Aku mula menangis. Jiwaku yang lemah tersentak. Aku tidak menyedari luka ditanganku. Lebih parah dari kepalanya. Namun, kesakitan itu tidak aku rasai. Lelaki itu memapah aku ke tepi jalan. Dalam keadaan terdesak aku menerima pertolongannya. Aku pengsan. Mungkin disebabkan kehilangan darah yang terlampau banyak. Mengalir tanpa henti. 

Ana Ilyani perlahan-lahan membuka matanya. Kelihatan kedua orang tuanya memandang penuh pengertian. Ampunkan Ana, menyusahkan ibu dan abah. Setitis air mata mengalir dari mataku. Ibu, memelukku erat. Ana, jangan terus begini. Bangkitlah anakku. Demi ibu. ... Aku menangis teresak-esak. Baik ibu, baik ibu .. Ana tidak mahu menjadi anak yang derhaka bu. Seulas senyuman terukir di bibir ibu. Aku nekad tidak akan membuatkan ibu dan abah bersedih lagi.

Lelaki itu melemparkan senyuman manis padaku. Kelihatan balutan putih didahinya. Seulas kata memahon kemaafan ku pinta. Seperti pernah aku mengenali wajah itu. Tapi dimanakah?.

No comments:

Post a Comment