Aku,
dia, nenek dan ombak
2007
Suatu
pagi, aku mengucup lembut dahi nenek yang sedang enak dibuai mimpi.
Perlahan-lahan aku menepuk-nepuk tangannya yang dipenuhi urat-urat tua. “Nenek,
dah subuh ni”. Aku melihat nenek membuka pelopak matanya dengan segaris
senyuman. Bukan mudah bagi nenek untuk bergerak terutama di pagi hari.
Kesakitan yang dialami sedikit sebanyak menyukarkannya untuk melakukan sesuatu
perkara. Aku membantu nenek bangun ke
bilik air untuk mengambil wudhuk. Kesejukan itu tidak menghalang nenek
menunaikan kewajipan buat Allah yang esa.
Selesai
menunaikan solat, aku memahut lengan nenek menuju ke pantai seperti hari-hari
sudah. Pantai yang penuh nastalogia diantara nenek dan arwah atuk. Deruan ombak
seolah-olah gembira dengan kehadiran dengan kami berdua. Penglihatan nenek
mungkin sudah berkurangan namun nenek masih mampu mengecam bunyi deruan ombak
itu. Masih sama seperti dulu-dulu. Bangku putih itu sudah siap sedia menunggu
kedatangan kami. Matahari perlahan-lahan muncul dan cahayanya malu-malu untuk
muncul. Nenek mula berbicara tentang satu kisah cinta. Setiap hari nenek akan
mengulang cerita yang sama iaitu kisah cinta dirinya dan atuk. Dan aku setia
mendengar tanpa rasa jemu atau cemuh. Suara nenek ibarat lagu yang penuh melodi.
Aku menyukainya.
Aku
membuka sarapan yang di bawa. Bubur nasi untuk nenek. Dengan penuh kasih dan
sayang aku menyuapkan bubur nasi untuk nenek. Sambil melayan nenek bercerita
itu dan ini dengan senyuman indah. Sungguh aku bahagia. Menikmati saat-saat
terakhir dengan nenek. Ya Allah, tabahkan hatiku. Selagi masa masih ada aku
akan gunakan sebaiknya. Nenek menghidapi ketumbuhan yang tiada ubatnya.
Permintaan terakhir nenek untuk berada di sini dan aku bercuti panjang untuk
menemani nenek yang aku cintai sebagaiman dia mencintai aku.
Tanpa
aku sedari ada sepasang mata yang sedang leka memerhati. Dari kejauhan, “dia”
kagum. Dalam dunia kini, sudah jarang kasih sayang sebegini suci terlihat.
Betapa setiannya si gadis itu duduk bersimpuh menyuapkan makanan kepada seorang
nenek tua. Kamera ditangannya terus diperguna sebaik mungkin. Memori itu harus
dirakam tekadnya di dalam hati. Ombak yang menderu, cahaya mentari yang indah,
…. dan si gadis yang manis mula mengekori minda separuh sedarnya. Namun, masa
mencemburuinya. Dia terpaksa bergegas tanpa sempat untuk mengenali si gadis
itu. Esok aku pasti datang lagi !!.
2009
Dua
tahun peristiwa itu berlalu. Aku masih mengumpul kekuatan menempuh hidup
sebatang kara tanpa nenek yang aku sayangi. Betapa payah aku terpaksa menelan
hakikat itu. Namun aku redho. Setiap pertemuan itu ada perpisahan. Nenek
menghembuskan nafas terakhirnya diatas bahuku, di tangisi si ombak yang akan
terus merinduinya. Setelah dua tahun berlalu barulah aku mempunyai kekuatan
untuk kembali lagi ke sini. Disaat hati ini terlalu merindui arwah nenek. Masih
segar di ingatan aku memapah arwah nenek ke pantai tapi kini semua itu tinggal
kenangan. Tiada lagi nenek di sisi.
Perlahan-lahan
aku menyuap bubur nasi ke mulutku. Ya Allah, tabahkan diriku… dairi yang ku
bawa tercatat segala perasaan dan kisah suka duka yang ku harungi tanpa nenek
disisi. Kehilangan demi kehilangan yang aku hadapi membuat hidup ini hilang
punca. Saban malam aku sujud pada Allah memohon kekuatan. Alhamdulillah, hingga
kini aku masih mampu bertahan. Bukan mudah tapi tidak mustahil. Cukuplah Allah
sebaik-baik pelindung buatku. Aku memandang kosong laut, ombak dan pantai…
“Dia”
memandang dari kejauhan. Susuk tubuh itu seperti dikenali. Ya Allah, gadis itu.
Hatinya berdebar-debar tidak mengikut rentak lagi. Selesai bersolat subuh
jemaah di surau berdekatan, hatinya tergerak untuk menjengah bangku kosong itu.
Tidak disangka hari ini dia menjumpai tuan punyanya. Keberaniaan dikumpul dan
langkah dihayun. Dia perlu nenegur si gadis manis ini. Assalamualaikum, ….
Aku
memandang pelik jejaka berkopiah itu. Salam yang dilafaz ku jawab dengan
tenang. “boleh saya bantu?” aku bertanya. Wajah “dia” kelihatan kemerah merahan
dan cukup menenangkan.
Penghujung
2009..
Aku
terima nikahnya, Aisya Binti Haikal dengan mas kawin …..
Kini.aku
telah sah bergelar isteri kepada Arryas Bin Ahmad. Alhamdulillah, aku
dipertemukan dengan seorang lelaki yang cukup baik. Nenek, Aisya bahagia kini.
Nenek tetap di hati Aisya sampai bila-bila.
Chenta
Aisya hanya untuk abang Ayyas…
(*kredit
untuk pemilik gambar yang diketahui .. mintak izin yer.. mekasih.. )
No comments:
Post a Comment