Friday, 2 March 2012

::Don't keep crying sweetie::


Kadang kala, kita melakukan kesilapan yang tidak kita sengajakan.. 
 Mana mungkin tegar dihati kita untuk menyakiti insan-insan yang menyayangi dengan tulus itu dengan sengaja. Berhentilah menyalahkan diri sendiri. Yang sudah tu sudah, kekal positif serta optimis. Kesalahan tetap satu kesalahan, tapi yang paling penting kita mengambil pengajaran bukan patah hati dan kecewa sahaja. Mungkin kesilapan kita akan menimbulkan kemarahan namun ada cara untuk menenangkan iaitu dengan ubatnya cuma satu perkataan iaitu MAAF. 

"Ya, Maafkan saya.. memang saya silap. Saya akan belajar untuk mengatasi pada masa hadapan"

Lumrah alam, kesilapan itu adalah perkara biasa. 
Siapa yang tidak pernah dalam hidupnya melakukan kesilapan??
(*picit hidung) 

Kadang kala, kita "ter" (*perbuatan yang tak disengajakan)  membuat kesilapan kerana segalanya diluar kawalan. Bayangkan, kita adalah seorang suri rumah. Hari tu kte nak masak sedap-sedap untuk suami serta anak-anak terchenta. Tiba-tiba, impian itu musnah kerana seplastik garam tertumpah ke dalam sup ayam yang sedang mengelegak ketika kita sedang memegangnya. Maka kte mula menyalahkan diri, ini semua salah aku, kalau tak mesti keluarga aku dapat makan sup yg sedap... maka mood merudum, kte tak berhenti menyalahkan diri. .. dan tanpa kita sedar kita kehilangan kegembiraan. Berhenti salahkan diri dan cari alternatif lain. Walaupun analogi ni ringkas tapi ia perlu dicerna dalam pemikiran ... don't cry sweetie .. :) percaturan Allah tu indah ... 

Mungkin ada yang lebih baik, contohnya ajak suami n anak-anak makan kat luar.  :)
 be happy always....

2 comments:

  1. kesilapan akan membuat kita menjadi lebih matang...
    err... kalau x de password kan lagi best nk komen?

    ReplyDelete
  2. Belajar dari kesilan itu yang paling penting dalam hidup.
    silap melangkah kta akan terjatuh tapi tak semestinya kita akan terjatuh lagi kalau kte belajar bagaimana berjalan betul .. huhu.. tak tau camner nk buat password tu x.

    ReplyDelete