Thursday, 29 March 2012

:: monkey love a.k.a chenta monyet::

Ana Ilyani membuka dairi lamanya selembar demi selembar. Segala coretan dibaca penuh penghayatan. Ini adalah Aku... seorang gadis bernama Ana Ilyani.

Dairi Ana Ilyani (2006),

Pejam celik, pejam celik, terbeliak biji mata sekalipun tak akan merubah masa. Alamak aku dah menua. Tapi itu lumrah hidup aku kena terima dengan redho. Bosan lar, apa lagi nak tulis ni eik?. Kalau dairi ni dibiar kosong rugi pula. Nak perkenalkan diri ke? boleh jugakan. Dairi aku, boleh aku tulis apa yang aku nak tulis. (*sengeh sorang-sorang). Nama aku Ana Ilyani Binti Haris. Umur aku 16 tahun. Masih muda remaja. Aku budak yang biasa-biasa aja. Tidak bijak dan tidak lar lembab sangat. Aku memang malas sikit tapi rajin banyak. Aik? boleh ke macam tu. Ikut suka aku lar kan.

Aku ni katogeri budak-budak lagi. Yang perlu diketahui aku ni cepat sakit. Sikit-sikit demam, batuk dan selsema. Dugaan,... Aku tinggal dengan nenek dan atuk sejak aku kecil lagi. Mereka sayang aku sangat-sangat. (*bahagia). Sebab tu aku ni dipanggil budak manja. Tapi aku tak kisah. Aku panggil nenek ak "grandmok" manakala atuk aku pula "grandtok". Sebab terlebih pandai berbahasa omputih maka aku bercita-cita untuk membuat satu kamus sendiri. Berangan biar sampai ke bintang kalau terjatuh kena berpaut pada bulan. Alamak, aku dah mula melalut lagi. 

Aku ni sederhana dalam apa-apa aja. Satu agi, aku benor nak citer satu menda. Segan nak citer kat manusia jadi aku pun citer arh kat dairi ni. Ayah ak bagi dairi ni awal tahun tapi sebulan terakhir 2006 baru tangan ak gatal nak menulis. Wahhha ... dasyatkan. haaaa,.. aku nak citer, aku minat giler kat mamat ni. Tapi dia tak pandang aku sebelah mata pun. Mau aku tak kecik ati. Bila aku senyum dia buat derk aja. Kalau boleh aku nak aja hempuk kepala dia biar dia ingat muka aku yang comel ni sampai mati. 

Berbalik pada citer mamat yang ensem tu, weh... aku selalu skodeng dia masa kat kantin atau kat mana-mana dalam sekolah tu. Inikah namanya cinta? Kalau grandmok aku tau ni mati dikerjakan. Budak tak cukup umor lagikan. Sedihnya aku. wahahha. Mamat ni nama dia Mangkuk (*bkn nama sebenar) aku pun tak paham kenapa mamat ni dipanggil mangkuk tapi dengan bahagianya aku menambah nama dia menjadi Mangkuk Hayun a.k.a En MH. Aku suka dia. Dia tak mau pandang aku . Iyalah, mana dia nak kawan dengan aku ni dah lar tak lawa, bijak pun tak. 

Bukan aku nak minat sangat si mangkuk ni tapi hati ak yang nak. Jadi bukan salah aku lar yer. Aku usha dia dari jauh aja. Tapi nak dijadikan cerita, beberapa bulan yang lepas aku ni kelaparan. Kebetulan pulak si mangkuk ni yang punyer turn untuk jaga tempat jual makanan untuk kelab usahawan. Maka peluang untuk menatap muka dia walau sekejap tak aku lepaskan. Aku pun tersenyum secomelnya melangkah dengan bahagia. Fikaran aku menerawang menongkah awan. Tiba aja kat depan entah batu mana yang gatal sangat nak menghalang langkah aku. Dush!! jatuh bedebuk macam nangka busuk depan encik mangkuk pujaan hati aku. Lepas tu aku tertolak bekas air sirap maka mencurah-curah ke atas aku. 

Aku pejam mata rapat-rapat. Ini hanyalah mimpi Tolonglah, ini hanyalah mimpi.. mimpi semata-mata. Tapi..... ini realiti. Aku pun bangun. Alamak mangkuk ni boleh tengok aja. Dua tiga orang yang ada kat situ memang dah nak pecah perut gelakkan aku semahu-mahunya. Tapi aku dengan sedikit kekuatan bangun tanpa pertolongan diorang semua. Sepatah aja aku wak keluar ayat maut aku kat mangkuk tu. nak tau? "maaf". Aku pun terus jalan pergi tandas bersihkan mana yang patut. Kalau orang lain mesti dah menangiskan. Tapi aku ni aser macam "shy-shy cat" lar pulak dengan mamat-mamat yang dah tengok "ketebolahan" aku tu. 

Dua hari selepas tragedi memalukan itu aku mula mendapat panggilan nama baru. Iaitu Cik Sirap. Masa aku masuk aja dalam kelas budak-budak ni duk sibok gelakkan aku. Memang cerita tu dah tersebar. Gara-gara mandi sirap semua orang kenal aku. Pemous aku. Dasyatkan. Tapi, jiwa aku kental. Setakat kena nyakat atau orang gelak tak jadi kudis pun. Aku buat aja muka blur macam biasa. Lama-lama okay lar tu tapi masalahnya kalau peristiwa tu jadi depan orang lain tak per tapi kenapa Mangkuk. Yang tu aku aser nak nangis. Dia tak kenal aku tak pe, tapi aku tak suka dia kenal aku masa aku dan "cepolot-cepolot" mandi sirap. 


Lepas perisitwa tu aku nampak dia dari jauh terus aku lari. Aku cuba mengelak dari ke temu dengannya. Sungguh aku cinta. hahaha... meh kita gelakkan sama-sama ayat aku yang jiwang. Suatu hari aku tengah mengadap buku gemuk kat perpustakaan. Tak perasan pulak bila masa si Mangkuk ni mai duduk kat depan aku. Dia menghulurkan sekeping nota kecil. "Cik Sirap, kenapa lama saya tak tengok awak?". Mau luruh jantung aku kat situ jugak. Aku pegang nota kecil tu sambil tenung muka dia. Aku pun cubit pipi aku, gosok-gosok mata. Ke aku ni mimpi sebab khusyuk sangat baca buku gemuk ni?.. Tapi tak kan lar... Aku bukan mimpi, dia ada  depan aku..... 

Aku pun ambil pen dan tulis kat kertas dia. "saya manusia yang tak ada dalam radar". Dia baca sambil tersenyum. Jantung aku dah luruh. Maka aku pun ambik dan masukkan balik. Tak boleh jadi ni. Dia balas balik. "saya nampak awak lari, saya nak minta maaf sebab tak tolong hari tu" . Aku pegang nota kecil tu. Masukkan dalam buku. Bangun dah terus blah. Malu-malu kucing bertambah dengan darah aku yang kian memerahkan muka. Nanti pengsan pulak depan dia. hehehe... 

..... 
akan bersambung 

Dua minggu lepas peristiwa tu aku dapat tahu yang dia akan berpindah. Tapi entah kenapa aku sedih sangat. Hinggakan luruh air mata ni ha. Tak pernah seumur hidup aku menangis sebab seorang lelaki yang tiada kena mengena dengan aku. Si Mangkuk kenapa lar aku jumper dengan kau eik?. Adakah ini satu kebetulan. Entahlar, jawapan yang tidak pernah dan tak akan ada. Aku menulis lagi. Mangkuk, aku ni dah terjatuh cinta ke?. Faham elok-elok "ter" perbuatan yang tidak disengajakan. Helah membela diri. Tengok orang arh, 


Aku ingat lagi, petang sebelum si Mangkuk ni pindah aku skodeng umah dia. Jauh jugak lar mengayuh basikal ni ha namun disebabkan hati aku dah tertinggal kat hati dia maka aku kena pergi ambik balik. Nanti entah ke mana dibawa pergi hatiku yang tulus penuh dengan rasa kecintaan. Kejauhan itu aku tengok dia duduk di tepi anjung. Fikirannya menerawang mungkin mengingatiku. Aku ni bak perasan memang tak boleh blah arh. Kalah ratu-ratu jiwang. Aku harap dia ingat aku. Dia nampak murum dan sedikit kurus. Di tangannya kelihatan sekeping gambar tapi jauh sangat jadi tak dapat aku usha. Nak dekat-dekat sangatkan mau tertangkap tak pasal-pasal buat malu aja. Aku pun merelakan hati untuk duduk tercongok aja atas basikal jauh dari pandangan orang. Nyamuk-nyamuk lapar mula ambil kesempatan, yang mana sempat kena lar hempuk dekat tangan aku ni. Walaupun terpaksa bersusah sebegitu namun dek kecintaan monyet ini aku merelakan menyorok dalam semak samun. 


Aku nampak van yang dinaiki mula meluncur membelah jalan. Tapi tiba-tiba kaki aku ni geli semacam aja. Arh!!!! pacat, aku melompat keluar dari semak tu. Nasib van yang Mangkuk naik tu dah ke depan. Aku menarik nafas lega. Van tadi mengundur ke belakang. Muka aku ni pucat dah tak berdarah. Kantoi!!. Mangkuk dengan wajah blur macam orang mati bini turun dari van. Aku tersengeh-sengeh. "buat apa kat situ?. Bahaya". Aku terkebil-kebil, tak kan nak bagi tahu aku sekodeng, malu arh beb. "tak buat apa-apa, nak cari pacat aja buat pacat goreng.". Aku pun tak tau macam mana idea tu spontan tu tercakap kat si Mangkuk. Dia tergelak sakan. Muka aku dah merah semacam. Aish!!,... 


Sekeping surat beralih tangan. Aku diam di situ melihat Si Mangkuk melangkah pergi menaiki van. Surat itu ku genggam erat. .... 

::Kemalangan itu::

Wajah pucat itu penuh kedukaan. Langkah yang longlai menggambarkan kesengsaraan. Namun, dalam kepayahan Ana Ilyani pemilik diri masih cuba melemparkan segaris senyuman. Segumpal kegalauan disimpan di hatinya. Biarlah aku yang menderita tapi bukan orang sekelilingku. Kehilangan seorang sahabat lebih memeritkan dari kehilangan satu cinta. 

Ana Ilyani, jeritan memanggil namaku. Aku berpaling kebelakang. Kelihatan seorang lelaki memandang tajam ke arahku. Entah kenapa aku seolah terpaku. Suara itu seperti pernah aku dengari. Tangan kecil ini direntap kasar. Sejurus selepas itu, aku terpelosok ke tepi jalan. Subhanallah,.... Lelaki itu mengalami luka kecil di kepala. Aku mula menangis. Jiwaku yang lemah tersentak. Aku tidak menyedari luka ditanganku. Lebih parah dari kepalanya. Namun, kesakitan itu tidak aku rasai. Lelaki itu memapah aku ke tepi jalan. Dalam keadaan terdesak aku menerima pertolongannya. Aku pengsan. Mungkin disebabkan kehilangan darah yang terlampau banyak. Mengalir tanpa henti. 

Ana Ilyani perlahan-lahan membuka matanya. Kelihatan kedua orang tuanya memandang penuh pengertian. Ampunkan Ana, menyusahkan ibu dan abah. Setitis air mata mengalir dari mataku. Ibu, memelukku erat. Ana, jangan terus begini. Bangkitlah anakku. Demi ibu. ... Aku menangis teresak-esak. Baik ibu, baik ibu .. Ana tidak mahu menjadi anak yang derhaka bu. Seulas senyuman terukir di bibir ibu. Aku nekad tidak akan membuatkan ibu dan abah bersedih lagi.

Lelaki itu melemparkan senyuman manis padaku. Kelihatan balutan putih didahinya. Seulas kata memahon kemaafan ku pinta. Seperti pernah aku mengenali wajah itu. Tapi dimanakah?.

::Ya Allah, ku beserah pada-Mu::

Setiap malam aku sukar untuk melelapkan mata. Hati ini terlalu runsing. Aku memejamkan mata namun bayangan kenangan lalu sering menyapa. Lantas aku bangkit kembali menuju ke laptop biru pemberian Abah. Jari jemari runcingku pantas menekan-nekan kibod laptop. Satu persatu gambar kami tertera di skrin itu. Sebelah tanganku menyapu lembut air mata yang tidak berhenti mengalir. Ada keluhan terluah tanpa dapat disekat lagi. 

Aku bangkit mengambil Dairi Hijau yang tersusun kemas di atas almari. Ku catatkan lagi perasaan yang berbungkam di hati. Sukar sekali untuk diluahkan melalui kata-kata. Terapi terbaik buatku adalah mencatatkan segalanya di dalam Dairi Hijau. 

Dairi Ana Ilyani  

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melalui semua ini. Lindungilah diriku yang lemah ini dari kekecewaan yang melampau. Setitis demi setitis aku menitiskan air mata yang lahir dari hatiku yang paling dalam. Hilang sudah persolan kenapa yang sering aku tanyakan pada diriku ini... kerana sepanjang aku bertanya tidak kutemui jawapannya. Ana Ilyani .... kuatkanlah dirimu, tabahlah duhai hati untuk menerima segala ini. Percepatkan langkahmu menuju ke depan. Lupakanlah segalanya. Walaupun ianya terlalu sukar. Percayalah pada dirimu. Suatu saat nanti cahaya akan bersinar menerangi hidupmu. 

Dairi Hijau itu ditutup. Ana Ilyani melangkah longlai menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Sejadah putih itu dihampar mengadap kiblat. Sesungguhnya, aku berserah padaMu..... Ya Allah, ampuni diriku.....

::dairi Ana Ilyani::


Bintang-bintang itu bertaburan menerawang di dada langit. Sedang aku mencongak bilangan bintang pada malam kelam, bahuku ditepuk lembut. Ana Ilyani, namaku diseru. Aku berpaling, wajahku suram sesejuk hati. Ibu meggenggam tanganku dengan penuh kasih sayang. Menghangatkan kesejukan yang bertandang. Berhati-hati ibu menarikku duduk di bangku putih itu. Bunyi cengkerik seolah-olah menyanyikan lagu duka yang sedang aku hadapi. Fikiran aku menerawang jauh. Ibu hanya mendiamkan diri. Namun, tiap detik yang kurasakan berlalu pantas. Seolah-olah tanpa bicara aku sudah bercerita padanya. Ketenangan malam menambahkan kesyahduan, tanpa kata air mataku mula mengalir. Perlahan-lahan ibu menyentuh pipiku lembut. Di usup-usup bahuku. Tanganku ditarik lembut masuk ke dalam rumah. Ana Ilyani menutup kedua matanya. Namun, dia tidak mampu untuk melelapkan mata. Setiap kali dia cuba bayangan itu menari-nari seolah-olah tiada penamat. Ana Ilyani menangis lagi. Lantas dia bangun menuju ke meja tulis yang kelihatan kemas tersusun. Ana mengambil dairi hijaunya. Dia mula mencatat sesuatu, setiap helaian terdapat lopak-lopak air matanya yang tumpah. 

Dairi Ana Ilyani 

Dia pergi tanpa pamitan. 
Hari ini, aku sendiri tanpamu sahabatku. Aku terpaku disini. Masih mengharapkan semua ini mimpi ngeri. Percayalah, tiada sekelumit pun dendam dihatiku. Aku memaafkanmu tanpa syarat. Tapi mengapa terlalu cepat dirimu pergi dariku. Mungkinkah akan aku lupakan segalanya yang telah terjadi ini. Kita dipertemukan atas dasar janji diantara dua hati untuk saling memberi tanpa mengharapkan balasan. Sahabatku.... kenapa dikhianati janji tulus itu. Sayangnya aku pada persahabatan kita yang bertahun ini tidak pernah hilang. Percayalah, saat ini aku bertekad. Selangkah engkau berlari meninggalkanku, seribu langkah aku mengejar dirimu. Bukan untuk menyakitimu tapi untuk membuktikan aku menyayangimu tanpa syarat. Seerat itu cintaku pada persahabatan kita. 

Menyelip satu ketenangan setelah segalanya tersurat di dalam dairi hijau. Semoga kita dipertemukan lagi. 



::Hikmah suatu kehilangan::




 Sepi itu menjengah ketika aku sedang berseorangan. Kehilangan "dia" yang aku cintai telah meragut seluruh hariku. Awalnya aku kira diri ini amat tabah untuk melalui sebuah kehilangan. Tapi ternyata aku sangat lemah. Yang ku dambakan selama ini hanyalah secebis cinta yang tulus darinya. 

Namun, kini aku sedar dia tercipta bukan untukku. Bertahun aku menyintainya, merinduinya dan sebagai balasan yang aku harapkan hanyalah pengkhianatan atas nama satu ketidakserasian. Mampukah aku mengharungi gelodak rasa yang menghempaskan diri ini kebatu-batu tajam. Setiap hari yang dilalui terasa amat berat sekali. Saat "dia" melafazkan antara kita sudah tiada apa-apa, aku terawang-awang. Akalku memberontak mengatakan ini semua tidak adil padaku. Sedangkan mahu atau tidak yang aku perlu adalah menerimanya perkara itu seadanya. Cinta hanyalah satu pendustaan. Hatiku tertutup rapat untuk mengulangi penderitaan ini buat kali keseterusnya. 

Aku membiarkan masa yang mengubati derita ini. Setiap hari bantal tidurku akan dipenuhi dengan air mata kekecewaan. Setiap hari aku memegang tel bimbit dan berharap "dia" menyesal akan kata-katanya. Setiap hari aku berharap masih ada ruang untuk aku dan dia. Walaupun teruk aku terluka namun cinta ini terlalu tegar untuknya. Adakah ini hanyalah mainan perasaan kerana enggan menerima kenyataan dia bukan lagi untukku atau ini adalah perasaan yang benar-benar ada untuknya?. Aku membiarkan hari-hari yang dilalui penuh kekosongan. Biarlah aku menderita dengan keputusannya. 

Puas kawan-kawanku memujuk untuk meredakan rasa yang bertakung dijiwa. Mereka meniupkan kata-kata yang memberi semangat. Namun jiwa ini memberontak, kamu tidak berada ditempatku. Kamu tidak merasai apa yang aku rasakan. Aku yang menderita, aku yang berhadapan dengan kecewa bukan kamu. Sekadar berkata-kata semua orang mampu tapi yang melalui dan yang terluka adalah aku. Aku yang dikecewakan, aku yang ditanggalkan. 

Suatu hari, aku memenjarakan diri di dalam bilik. Enggan makan dan enggan minum. Yang aku lakukan hanyalah mendengar lagu-lagu yang mendayu-dayu menzahirkan rasa cinta serta kekecewaan. Temanku yang satu ini, bukan seperti teman biasa. Dia lebih banyak berdiam diri namun dia kerap memegang tanganku memberi aku semangat tanpa mengungkapkan kata-kata enak di dengar. Dan hari itu, kesabarannya dengan sikapku benar-benar tercabar. Aku mengerti kasihnya dia padaku seperti seorang adik kepada kakaknya. Aku yang lemah ini terus menerus lemah dan dia tidak jemu-jemu berada disampingku. 

Hari itu, dia mengetuk pintu bilikku dengan perlahan. Memujukku untuk makan. Namun aku mendiamkan diri. Sehingga tiba waktu malam, hatinya semakin panas. Kesabarannya lenyap. Dia menghentak kuat sehingga pintu bilikku bergegaran seumpama dihempas badai Tsunami. Akak, buka pintu ni sebelum Ana pecahkan. Aku berang dengan sikap kurang ajarnya itu. Fikiranku berserabut dan hilang kewarasan. Tenkingannya meruahkan lahar amarah dalam hatiku. Diam kau bodoh, jangan ganggu aku aku menjerit seperti kerasukan. Pintu itu digegar lagi. Mereka sepakat untuk menendang pintu dengan kudrat yang tidak seberapa. Hasil gabungan tiga tenaga pintu itu tersingkap jua. 

Aku terkebil-kebil. Temanku yang satu ini hampir padaku. Satu tamparan dari tangan mulusnya itu singgah dipipi tanpa aku sempat mengelak. Di saat itu aku lihat air mata bertaburan. Dia memeluk erat tubuh kecilku yang kian kurus dimamah penderitaan. Aku..... seakan tersedar dari dunia khayalan yang dihayutkkan iblis dan syaitan. Namun, entah kenapa keegoaan aku memuncak. Aku memilih untuk berdiam. Akhinya teman yang lain mengalah, meninggalkan aku dengan teman yang satu ini. Dia memegang erat tanganku. Akak yang aku kasihi dengan seluruh hidupku. Tamparan itu tidak aku sengajakan. Aku kecewa denganmu kak... aku merayu agar engkau segera bangkit. Tinggalkan masa lalumu, mulakan hidup baru. Kak jangan menyeksa dirimu sebegini. Ingatlah pada Allah kak... tolonglah kak, kembalilah jiwa dan cintamu itu pada yang Maha Mengetahui iaitu Allah. Sedarlah kak, sedarlah.... 

Sehingga tiba suatu masa aku bangkit dari tidur di sepertiga malam. Entah kenapa perasaanku saat itu terlalu hiba. Aku menangis semahunya. Bukan meratap disebabkan satu perpisahan namun disebabkan datangnya penyesalan tentang dosa-dosa yang aku lakukan selama ini. Lantas kakiku dihayun ringan untuk berwudhuk. Disaat aku sujud padaNya, hilang segala kedukaan itu. Yang ku rasakan hanyalah cinta yang ku cari selama ini. Ya Allah, ampuni diriku kerana terleka. Akhirnya aku menemukan cinta yang sejati. Cinta kepada Ilahi. 

Semenjak hari itu, aku menjaga perasaan cintaku hanya kepada yang benar-benar layak sahaja. Cinta suci bukan untuk dipermainkan. Cinta suci hanyalah kepada yang berhak untuk memiliki. Cinta suci hanya hadir disaat ia menjadi halal buatku. Biarlah aku dengan duniaku mengejar cinta Allah dan cinta suci yang sebaiknya. 

Kini aku sedar, perpisahan yang dahulu aku tangisi rupanya adalah permulaan kepada satu cinta yang hakiki. Alhamdulillah. Yang paling gembira adalah temanku yang satu ini. Dialah yang memimpin aku kembali ke jalan yang lurus dan diredhoi. Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan buatku. Putus cinta bukan beerti hidup ini sudah berakhir. Percayalah ada rahmat atas segalanya. Aku tersenyum mengenangkan segalanya itu. Aku tidak mahu terus tertipu dan hanyut seperti sampan yang tidak berpenghuni lagi. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung buatku. Cukuplah Allah buatku dalam mengharungi hidup ini. Semoga Allah temukan aku dengan jodoh yang baik buatku. Senyuman ini penuh ikhlas dari hatiku. 


Karya Asli: Chenta. 
28/12/11 (12.18pm)

::Sesuatu yang tidak pernah berubah adalah kenangan::


Sesuatu yang tidak pernah berubah adalah kenangan. Tetap begitu dan kita tiada daya untuk mengubahnya lagi kerana peluang itu tertutup sudah. Namun, kita jangan sesekali lupa, masih ada masa depan yang boleh kita corakkan. Setiap hari yang kita lalui ibarat sekeping helaian dairi. Kita berhak untuk mencoretkan setiap apa yang kita mahukan. Jadikan ia kenangan yang semakin mematangkan. Coretan-coretan indah ini akan membuatkan kita kuat, percayalah.... 

Janganlah memenjarakan hati kita dengan kenangan yang lalu, 
kenangan yang menyakitkan, biarlah ia berlalu walaupun terlalu sukar. 
Walaupun lukanya telah menyembuh tapi parutnya tetap ada....
dan aku dengan sedaya yang mampu cuba untuk meloloskan diri dari penjara hati ..
menikmati hari-hari dengan kebahagiaan.. 



 

Tuesday, 20 March 2012

::Tolong jangan bergaduh di muka buku::

Tolong jangan bergaduh di muka buku,
tak pasal-pasal semua orang tahu, 
dah hilang ke rasa malu??

Kalau rasa tak puas hati, 
sila berbincang duk semeja sekali,
luahkan semua yang terkemas di simpan rapi,
agar segalanya dapat di atasi.. 

Jadi dewasa bila bermuka buku,
jangan terburu-buru bila ada sesuatu, 
tak puas hati, tak suka ini dan itu,
sila bawa bertenang dahulu ..

Bagi yang berchenta pula,
sila berhati-hati ya.. 
tak perlu publish semua perkara.. 

(*kredit utk pemilik gmbor yg x diketahui, mintak izin yer gambor ni cute sgt) hehehe ..

Monday, 19 March 2012

::disaat itu::


Disaat aku lemah tak bermaya... 
disaat aku bersedih hilang punca...
disaat aku tiada siapa-siapa .. 

 Hatiku lekas tersedar dari dihanyut rasa ..
aku terlupa,.. kurang bersyukurkah aku??
aku punya keluarga yang tercinta .. 
aku punya rakan-rakan yang fahami jiwa.. 

Subhanallah... 
Alhamdulillah ya Allah . .. 
 
 

Friday, 16 March 2012

::yang terlepas pandang::

Situasi ni sering terjadi... tapi kte terlepas pandang... 
semoga dijadikan ikhtibar :) may Allah bless u always .. 


Situasi satu:

Si gadis comel lote tampil bertudung lilit. Hari ni misi utama adalah mengeledah segenap penjuru pasaraya sebelas tingkat itu. Sedang syok membelek-belek kedengaran azan. Si gadis melihat jam, awal lagi... dua jam kemudian dia berkira-kira. Kalau dah bukak tudung ni nak solat, mesti satu hal nak belit-belit .. x yah lar solat.... kerana tudung lilit solat terbarai.

Situasi dua:

I dah make-up tebal-tebal tak kan nak solat kut. Bila dah wudhuk abih lar ilang. Malas lar nak make-up lagi. Ni yang make-up i profesional u. Lawa kan??.. yang duk pandang-pandang tu jelous lar.

(*buka salah nak bertudung lilit. Chenta pun pakai gak tudung belit-belit, tapi jangan jadikan tudung berbelit-belit alasan untuk tinggalkan solat. Kalau aser-aser x mampu, sila pakai tudung biasa yang express... yang bab make-up pulak, memadailah dengan yang natural, tak perlu berlapis-lapis ngat. Nak tunjuk kat saper benor??.. renungkanlah. Dalam tak sedar mungkin kte dah "ter" buat menda camgini. Sekadar mengingatkan diri dan adik-adik serta rakan taulan.)

Thursday, 15 March 2012

::facebook dan update terakhir::


Bercerita tentang facebook, mesti semua orang tahu. Dari sekecik-kecik budak hinggalah atuk kepada budak. Jaringan sosial ini menjadi tempat berhubung dan mengeratkan persaudaraan. Ada jugak yang terkadang bertegur sakan kat facebook tapi bila face to face senyap sunyi macam langsung tak kenal.
Facebook jika diguna dengan betul maka banyak manfaat tapi kalau disalah guna musibah yang mendatang.

Facebook menjadi tempat meluahkan perasaan yang tak puas hati. siap pakej maki-maki. Lupa terus dunia realiti. Itu sudah teruk sekali. Inilah yang sedang terjadi, menular dalam diri.

Facebook menjadi tempat berkenalan. Mula-mula sayang-sayang, lastly lari di bawa orang. Subhanallah, mak ayah kat umah memang dah x da dlm hati yang dipentingkan diri. Korban segalanya untuk cinta, akhinya sia-sia ....

Facebook menjadi tempat bercintan. Semua nak show ... "dia aku yang punya, ni bf/gf ak" sedangkan dia terlupa, dosa... Pakej lagi dengan gambor berdua. In relation ship with ... ??

Facebook menjadi tempat tayang muka. Letak gambor closeup nampak jerawat. Orang pakat-pakat duk like, hati suka tak terkira. Pemous jugak aku rupanya. Terawang-awang tak pijak dunia. Akhirnya, nyesal sampai bila-bila.... terutama .....

Facebook menjadi tempat update status. Semua perkara kalau boleh nak cerita. Bajet-bajet sumer orang nak tau sal kte.


Tapi.... kte lupa, ajal maut datang tak kira masa. Sama ada kita bersedia atau tidak bila sudah sampai masanya, kita akan pergi selamanya. Tak sempat nak delete gambar tak tutup aurat, tak sempat nak delete kata-kata kesat, tak sempat nak delete "syg, bie". ..... Masa tu, kte menyesal dah tak ada guna.

"Ko kenal tak Joyah (bukan nama sebenar)?? .. alah nama fb dia "budak cun" tu, yang putih-putih da gambor dengan p.we dia tepi pantai tu. Semalam aku dengor dah meninggal budak tu, accident. Teruk lorh, kerete dia mampat" 

"Yang mana satu, tangan terketak-ketuk cari kat facebook ... maka dilihat profile pic, gambor alamak, seksi giler" .....

 Dan orang terus mencari facebook Joyah .. utk lebih kenal siapa Joyah. Update terakhir terus dibaca. Bayangkan kalau yang baik-baik takpe ... kalau yang kutuk-kutuk orang mcam mana??  Dan facebook itu tak dapat di delete.... password x da.... 

Begini ke yang kita nak? ... Marilah berubah ke arah yang lebih baik. Banyakkan muhasabah diri.
Renungkan kata2 ini (ambil dari facebook member)... :


ajal maut kta x tau bila, ..
kta adalah bakal-bakal jenazah..
umur kta makin saat makin singkat..
kalau boleh cuba minimakan nk letak gmbr yg "open2
kalau boleh privatekan gmbr bkn public..
kalau boleh letak yg tutup aurat bukan yg tak cukup kain ..
kalau boleh letak ygmbr yg jauh-jauh bkn yg close up sampai nampak jerawat,
kalau boleh jgn letak!!
::ingatkan diri sndiri agr x terlupa :: ♥ ♥ :) 



(*kredit pada pemilik gambor yg x diketahui .. mekasih ..)


Wednesday, 14 March 2012

:: Apa itu cinta?::


..........
dear u: i love u, please love me too...

ini adalah harapan juga pesanan ...
tapi bukan ditujukan hanya kepada kekasih, tapi juga cinta-cinta yang halal.  

Memang dah jadi kebiasaan bila dikaitkan dengan cinta mesti pada pasangan kekasih, 
sedangkan cinta itu luas serta indah. 

Cinta seorang hamba kepada penciptanya Allah yang esa, 
Cinta seorang ibu kepada anaknya, 
cinta seorang suami kepada isterinya, 
cinta seorang anak kepada ibu bapanya 
cinta seorang murid kepada gurunya, 
cinta seorang adik kepada akak,
cinta seorang pejuang kepada ilmu

Apa itu cinta? adakah ia untuk suka-suka atau berlian berharga. 
jangan tersalah memberi cinta jika tidak mahu kecewa, 
cintailah cinta-cinta yang halal 

Cinta adalah perasaan halus yang hidup subur di desa hati, 
jika dibajai dengan baik, ia akan terus mekar mewangi, 
andai terbiar tanpa penjagaan ia akan kuyu, layu .. akhirnya mati. 
ditangan kita ada pilihannya, sama ada mahukan cinta atau menjauhi cinta ..
carilah cinta yang suci agar sekeping hati kita terus terjaga..
agar cinta kita tidak sakit di serang virus perosak yang tidak mengenal mangsa.. 

(*kredit utk pemilik gambor yg x diketahui, tQ mintak izin share yer) 
 


:: i love my teacher::




 "cikgu... sy jadi kuat sebab kamu" 
 Love u Cikgu, .... TQ cikgu.... miss u Cikgu ..

Saya x pandai cikgu yang ajar serta didik
Saya sakit cikgu jadi nurse tak berbayar
Saya ada masalah cikgu jadi kaunselor
Saya lupa bawak duit cikgu jadi bank 
Saya ponteng cikgu jadi polis 

Saya nak bertanding cikgu jadi 
jurulatih, pengurus, pemandu, penginapan, makanan, pakaian, .... 

Saya nak exam cikgu jadi 
pencari soalan latihan, pemberi semangat, 
penganjur program motivasi, solat hajat, kelas pagi, petang, malam serta hujung minggu .. 

Saya nak berolahraga cikgu yang 
jadi juru ukur nak buat padang, pegawai, pengurus, ajk hadiah, ajk hadiah ... 

Saya nak buku teks & biasiswa
cikgu jadi kerani catat itu dan ini .. 


Cikgu.... 
Kini saya dah berjaya, ..Jasa cikgu saya tak lupa. 
Kemas tersimpan kat dasar hati. 
Terima Kasih Cikgu .. 

p/s: kerjaya sebagai seorang guru sangat mulia. Tanpa insan yang bergelar "cikgu, ustazah, ustaz, teacher" tak akan wujud kte-kte seperti hari ini. Mungkin ada yang beranggapan cikgu kerja mudah, cuti banyak, kerja separuh hari ... dan kte mula lupa jasa seorang guru pada kita apabila mulut lancang berbicara. Hakikatnya, bukan mudah menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Silap atau pincangnya pendidik maka hancur satu generasi. Di bahu pendidik tergalas amanah serta tangungjawab. Berhadapan dengan murid-murid yang tengah membesar, banyak kerenah yang perlu dihadapi. Bukan semua orang sanggup... tapi cikgu telah mengangguk .. untuk menerima tugas berat itu.

Tuesday, 13 March 2012

::Awak sy dah temui chenta!!::


"Senyum walaupun kte bersedih, sekurangnya orang lain tidak turut bersedih dengan kita"


Awak, .. apa khabar sekarang?? 
moga baik-baik aja. Selaku stalker kehormat sy tahu awak bahagia. 

Senyuman saya berjaya menipu semua orang..
mata bulat saya juga berjaya menipu semua orang 
hati baik saya juga berjaya menipu semua orang ... 
(*dulu sebelum sy berjumpa dengan "dia")

Hakikatnya hanya saya yang tanggung. Penderitaan ini adalah hadiah yang paling mahal pernah awak berikan. Saya berterima kasih. Sekurangnya, hadiah ini telah menemukan saya dengan dirinya.. Tak mungkin saya boleh membandingkan awak dengan "dia". Masing-masing ada kelebihan. Namun, "dia" telah berjaya mencantumkan retak-retak pada hati saya dengan gam bernama cinta. Sekarang hati saya sudah menjadi sedia kala. Saya tersenyum riang. Langit mendung sudah berlalu. "Dia" dan saya kini bahagia di atas satu ikatan yang sebenar.

(*kredit utk pemilik gambar .. mintak izin yer .. hehehe )
 

::Love my parents::


 Dear...
Mama & Papa 

i'm sorry ... i'm sorry .. i miss u so much ... 


Zaman belajar: 
 Mama, Ana x boleh balik lar. Asgment banyak ni nak kena hantar. Minggu depan kena pergi Amerika latin ada taklimat sana, minggu depan satu lagi nak g Jepun. Sorry mama.. ok, lar ader keja ni.. Assalamualaikum ...  (coll x smpai 2 minit) 

selang seminit, tangan duk gatal coll buayafrenz (2 jam u main2 ajer)

Zaman kerja:
Ana ada meeting x boleh balik lar mama. Kejap pun x boleh. Silap hari bulan kena pecat, mama nak tangung ke?? Ok lar mama Ana sibuk ni nak siapkan kerja. Kim salam kat papa.... 

selang seminit, bie jom kte diner sesama malam ni. Rindu lar .. 


Dalam masa yang sama, 
Mama& Papa  rindukan Ana ...
Abang, esok kte turun KL jumpa Ana, saya ni dah lama sangat tak jumpa dia.
 Rindu bang kat anak kte yang sorang ni.
Boleh jugak mamanya, nanti saya nak kekebun gali ubi. Ana suka makan ubi ni. 
Nanti esok boleh kte bawak..

Kesokannya, ... 
semasa dalam perjalanan, mama&papa tak habis-habis bercerita tentang Ana semasa kecil... 
Abang ingat tak dulu, Ana ni suka sangat demam. Seminggu saya tido dalam wad teman dia .. 
 pot pet pot pet pot pet .. 
tiba di satu selokoh tajam, sebuah kereta meluncur laju... 
gedebum!!! ... 

Ana sayang mama.... Ana sayang papa ... Ampunkan Ana ..



P/s: sesetengah perkara masa tidak menunggu kte ... love ur parent.. do the best utk mama& papa kte selagi mampu..

(*kredit utk pemilik gambor yg x diketahui, mintak izin copy yer ..)





"i wanna love that will last"



"i wanna love that will last" 

Chenta itu hanya halal apabila akad nikah telah dimaterai. 
Moga chenta suci itu tetap bertahan sampai bila-bila. 
hingga ke hujung nafas, dan biarlah ajal yang memisahkan kte .. 

Kepada bakal jodohku, bakal suamiku...
Tiba suatu saat, hijab itu akan tersingkap dan kte akan diketemukan dengan izinNya. 
sementara menunggu waktu itu jagalah dirimu, jangan nakal-nakal 
berusahalah untuk menjadi yang lebih baik dan aku juga begitu. 

Kepada bakal jodohku, bakal suamiku...
Semoga saat pertama kte menatap mata, chenta itu terus sebur di dasar hati 
berkekalan sampai bila-bila. Yang ku pinta hanya secebis kasih sayang di ruangan hatimu yang luas..
Aku akan cuba membahagiakanmu dengan segenap kudratku. Selagi terdaya. 


(Kredit utk pemilik gambor yg tak diketahui .. nice u tQ .. minta izin copy yer.. )
 
 
 
 
 

 

Monday, 12 March 2012

Aku, dia, nenek dan ombak

Aku, dia, nenek dan ombak

2007
Suatu pagi, aku mengucup lembut dahi nenek yang sedang enak dibuai mimpi. Perlahan-lahan aku menepuk-nepuk tangannya yang dipenuhi urat-urat tua. “Nenek, dah subuh ni”. Aku melihat nenek membuka pelopak matanya dengan segaris senyuman. Bukan mudah bagi nenek untuk bergerak terutama di pagi hari. Kesakitan yang dialami sedikit sebanyak menyukarkannya untuk melakukan sesuatu perkara. Aku membantu nenek  bangun ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kesejukan itu tidak menghalang nenek menunaikan kewajipan buat Allah yang esa. 

Selesai menunaikan solat, aku memahut lengan nenek menuju ke pantai seperti hari-hari sudah. Pantai yang penuh nastalogia diantara nenek dan arwah atuk. Deruan ombak seolah-olah gembira dengan kehadiran dengan kami berdua. Penglihatan nenek mungkin sudah berkurangan namun nenek masih mampu mengecam bunyi deruan ombak itu. Masih sama seperti dulu-dulu. Bangku putih itu sudah siap sedia menunggu kedatangan kami. Matahari perlahan-lahan muncul dan cahayanya malu-malu untuk muncul. Nenek mula berbicara tentang satu kisah cinta. Setiap hari nenek akan mengulang cerita yang sama iaitu kisah cinta dirinya dan atuk. Dan aku setia mendengar tanpa rasa jemu atau cemuh. Suara nenek ibarat lagu yang penuh melodi. Aku menyukainya. 

Aku membuka sarapan yang di bawa. Bubur nasi untuk nenek. Dengan penuh kasih dan sayang aku menyuapkan bubur nasi untuk nenek. Sambil melayan nenek bercerita itu dan ini dengan senyuman indah. Sungguh aku bahagia. Menikmati saat-saat terakhir dengan nenek. Ya Allah, tabahkan hatiku. Selagi masa masih ada aku akan gunakan sebaiknya. Nenek menghidapi ketumbuhan yang tiada ubatnya. Permintaan terakhir nenek untuk berada di sini dan aku bercuti panjang untuk menemani nenek yang aku cintai sebagaiman dia mencintai aku. 

Tanpa aku sedari ada sepasang mata yang sedang leka memerhati. Dari kejauhan, “dia” kagum. Dalam dunia kini, sudah jarang kasih sayang sebegini suci terlihat. Betapa setiannya si gadis itu duduk bersimpuh menyuapkan makanan kepada seorang nenek tua. Kamera ditangannya terus diperguna sebaik mungkin. Memori itu harus dirakam tekadnya di dalam hati. Ombak yang menderu, cahaya mentari yang indah, …. dan si gadis yang manis mula mengekori minda separuh sedarnya. Namun, masa mencemburuinya. Dia terpaksa bergegas tanpa sempat untuk mengenali si gadis itu. Esok aku pasti datang lagi !!.

2009
Dua tahun peristiwa itu berlalu. Aku masih mengumpul kekuatan menempuh hidup sebatang kara tanpa nenek yang aku sayangi. Betapa payah aku terpaksa menelan hakikat itu. Namun aku redho. Setiap pertemuan itu ada perpisahan. Nenek menghembuskan nafas terakhirnya diatas bahuku, di tangisi si ombak yang akan terus merinduinya. Setelah dua tahun berlalu barulah aku mempunyai kekuatan untuk kembali lagi ke sini. Disaat hati ini terlalu merindui arwah nenek. Masih segar di ingatan aku memapah arwah nenek ke pantai tapi kini semua itu tinggal kenangan. Tiada lagi nenek di sisi. 

Perlahan-lahan aku menyuap bubur nasi ke mulutku. Ya Allah, tabahkan diriku… dairi yang ku bawa tercatat segala perasaan dan kisah suka duka yang ku harungi tanpa nenek disisi. Kehilangan demi kehilangan yang aku hadapi membuat hidup ini hilang punca. Saban malam aku sujud pada Allah memohon kekuatan. Alhamdulillah, hingga kini aku masih mampu bertahan. Bukan mudah tapi tidak mustahil. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung buatku. Aku memandang kosong laut, ombak dan pantai…


“Dia” memandang dari kejauhan. Susuk tubuh itu seperti dikenali. Ya Allah, gadis itu. Hatinya berdebar-debar tidak mengikut rentak lagi. Selesai bersolat subuh jemaah di surau berdekatan, hatinya tergerak untuk menjengah bangku kosong itu. Tidak disangka hari ini dia menjumpai tuan punyanya. Keberaniaan dikumpul dan langkah dihayun. Dia perlu nenegur si gadis manis ini. Assalamualaikum, …. 

Aku memandang pelik jejaka berkopiah itu. Salam yang dilafaz ku jawab dengan tenang. “boleh saya bantu?” aku bertanya. Wajah “dia” kelihatan kemerah merahan dan cukup menenangkan.

Penghujung 2009..
Aku terima nikahnya, Aisya Binti Haikal dengan mas kawin …..
Kini.aku telah sah bergelar isteri kepada Arryas Bin Ahmad. Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang cukup baik. Nenek, Aisya bahagia kini. Nenek tetap di hati Aisya sampai bila-bila.
Chenta Aisya hanya untuk abang Ayyas… 

(*kredit untuk pemilik gambar yang diketahui .. mintak izin yer.. mekasih.. )

Saturday, 3 March 2012

::5 minit lagi::

Situasi ini berlaku setiap hari,
mungkin pada kita, (*terutama student) yang kebanyakan masa tenaganya dikuras habis
pagi berhadapan dengan kuliah memanjang sampai sakit pinggang duk tercongok di atas kerusi ..
petang pulak mesti melakukann aktivit beriadah a.k.a menendang bola, gedebak gedebuk ..
saban malam terpaksa berhadapan tugasan setinggi gunung kinabalu, facebook lagi, sms, game, berblog dan senangkatan dengannya. Kadang kala pukul 3 am baru berkesempatan melelapkan mata. 

Maka pada waktu pagi akan berlakulah drama seperti gambar dibawah ...


 Seterusnya, ...  maka untuk bangun pula teringat kata-kata ni pula, aku ada dua pilihan ajer nak bangun atau tido, mula muhasabah diri. Patutnya aku tak main game, tak facebook.. mesti boleh tido awal .. nyesalnya. Fokus,fokus,fokus ... mata masih tertutup, tiba-tiba enset menjerit, bangunnnn.. akhirnya aku mengalah.

P/S: pada pagi keesokan kejadian yang sama masih berulang .. :p
kredit untuk pemilik2 gambar ini. Tak tau saper punya idea.. memang terbaik !! like this.

::Kerana Kanser::

i love u sis ... we all love u.. keep going.. Allah ada bersama orang-orang yg sabar ..

Panggilan itu membuatkan nafasku kian tidak teratur,setitis demi setitis air mata mengalir laju tanpa dapat diseka lagi. Pengkhabaran itu membuatkan tubuh kecilku mengeletar. Peritnya kenyataan yang terpaksa dihadapi. Tidak tertanggung rasanya. Tapi itulah yang dinamakan kehidupan penuh ujian serta pancaroba. Dan ... hakikatnya, kakakku kanser.

Aku termenung jauh, dia kakakku... teman sepermainan yang menyeronokkan. Musuh tradisi dikala sunyi bertandang. Orangnya cantik manis, suka ketawa dan seorang yang sangat pandai. Aku hanyalah pelajar biasa manakala dia bakal doktor yang akan mengubat kanak-kanak kecil yang memerlukan. Hidup kami penuh kasih sayang. Pengkhabaran itu bermula apabila kakak membuat satu pembedahan kecil pada lehernya. Dapatan awal itu hanyalah ketulan biasa. Seminggu selepas pembedahan dijalankan dan didapati dia menghidap kanser. Pengajiannya disebuah insitusi tinggi tempatan terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan pada rawatan yang bakal dijalankan. 

Aku masih belum mampu mendepani hakikat ini. Terasa mahu tumbang, namun dengan sokongan kawan-kawan memberikan semangat aku tetapkan hati. Akhirnya, kakakku sampai dari tempat pengajiannya ke rumah. Hari itu, aku masih ingat hujan turun renyai-renyai segundah hatiku. Bagaimana dia? macam mana aku boleh membangkitkan semangatnya? adakah dia sedang bersedih,.... yang aku takuti adakah dia akan mengalami kemurungan?.. apakah yg perlu aku katakan padanya ... 

Sesampai aku dirumah, dia tersenyum seperti biasa. Tiada langsung kesedihan dimatanya. Dia seperti biasa. Dan aku, masih berduka. Mataku masih bengkak kerana menangis, sedangkan matanya bersinar penuh kebahagiannya. Ya Allah, tabahnya dia. Aku terkagum seketika. Sepanjang kami berbicara tidak pernah dia menangisi penyakitnya. Dia cuma biasa-biasa sahaja. Sehingga ada ketika aku terlupa, kakakku kanser. Ibu bapa kami berikhtiar cara moden serta tradisional. Dia hanya menurut sahaja tanpa banyak kerenah. 

Akak seorang yang suka memasak. Rawatan itu membuatkan deria rasanya hillang (*sementara waktu sahaja iaiatu sepanjang rawatan) dan aku adalah insan terpilih untuk menghabiskan spegeti masakannya yang sangat pedas dan masam itu. Dia makan dengan senyuman aku pula dengan keterpaksaanya. Tapi aku sabarkan diri, pada akak pantang besar masakannya tidak habis atau tidak sedap. Muka aku kelat-kelat masam. Namun, demi sygnya maka aku telan jua. 

Semasa dia masih menjalani rawatan radioterapi, aku terpaksa pul;ang ke tempat pengajian. Suatu hari, ibuku diserang penyakit lelah yang agak teruk. Dia berada disisi,...... ibu, kenapa dia sakit?.... kami tersentak .. rupanya, dalam ketabahan itu tersembunyi kesedihan yang menangis di dalam hatinya.

Oleh kerana, kansernya dikesan pada peringkat awal maka rawatan yang diperlukan hanyalah radioterapi. Aku menemaninya saban hari ketika cuti masih bersisa. Akibat rawatan itu, dia kehilangan deria rasa, wajahnya juga terkesan. Namun, itu cuba kesan seketika. Kami mengadakan solat hajat memohon pada Allah yang esa. Segala ikhtiar dicuba. Setelah 26kali berhadapan dengan rawatan itu akhirnya, sel kanser itu hilang. Alhamdulillah. Dia kakakku kini mula meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dr juga kagum dengan proses pemulihan yang berlaku. Jarang-jarang kes yang menunjukkan perkembangan sebegini. Aku bersyukur. Sememangnya sikap positif dan optimis sangat diperlukan. 

Tapi, kakakku tetap kakakku .. dia sentiasa positif dalam hidupnya. Aku meminjam ketabahannya ketika menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Semoga sakitnya tidak berulang. Kami sayang akak... wa love u so much... Ketabahan dan sokongan orang sekeliling mampu membantu. Andai ada dalam kalangan kita yang berhadapan penyakit ni... tolong jangan berputus asa, mohonlah pada Allah yang esa. Cara kita berhadapan itu yang penting. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung untukku. Hadapi dengan senyuman dan bersangka baiklah. Ujian itu penting untuk jadikan kta lebih kuat.Be positif n say no to negatif .. :)

Friday, 2 March 2012

::Don't keep crying sweetie::


Kadang kala, kita melakukan kesilapan yang tidak kita sengajakan.. 
 Mana mungkin tegar dihati kita untuk menyakiti insan-insan yang menyayangi dengan tulus itu dengan sengaja. Berhentilah menyalahkan diri sendiri. Yang sudah tu sudah, kekal positif serta optimis. Kesalahan tetap satu kesalahan, tapi yang paling penting kita mengambil pengajaran bukan patah hati dan kecewa sahaja. Mungkin kesilapan kita akan menimbulkan kemarahan namun ada cara untuk menenangkan iaitu dengan ubatnya cuma satu perkataan iaitu MAAF. 

"Ya, Maafkan saya.. memang saya silap. Saya akan belajar untuk mengatasi pada masa hadapan"

Lumrah alam, kesilapan itu adalah perkara biasa. 
Siapa yang tidak pernah dalam hidupnya melakukan kesilapan??
(*picit hidung) 

Kadang kala, kita "ter" (*perbuatan yang tak disengajakan)  membuat kesilapan kerana segalanya diluar kawalan. Bayangkan, kita adalah seorang suri rumah. Hari tu kte nak masak sedap-sedap untuk suami serta anak-anak terchenta. Tiba-tiba, impian itu musnah kerana seplastik garam tertumpah ke dalam sup ayam yang sedang mengelegak ketika kita sedang memegangnya. Maka kte mula menyalahkan diri, ini semua salah aku, kalau tak mesti keluarga aku dapat makan sup yg sedap... maka mood merudum, kte tak berhenti menyalahkan diri. .. dan tanpa kita sedar kita kehilangan kegembiraan. Berhenti salahkan diri dan cari alternatif lain. Walaupun analogi ni ringkas tapi ia perlu dicerna dalam pemikiran ... don't cry sweetie .. :) percaturan Allah tu indah ... 

Mungkin ada yang lebih baik, contohnya ajak suami n anak-anak makan kat luar.  :)
 be happy always....

Thursday, 1 March 2012

::kamu cantik ::


Kamu cantik!!  (*nada jawapan)
bukannya kamu cantik?  (*nada soalan)

Setiap individu tu sebenarnya cantik, .. 
kadang kala si empunya diri merasakan dia x cantik, x comel... 
tapi hakikatnya pada pandangan mata orang lain dia sangat cantik. 
Perlu dingatkan, cantik itu sifatnya adjaktif. 
Mungkin cantik pada mata orang itu, tapi tak cantik pula pada mata orang yang lain. 
Dan itu adalah lumrah, jadi jangan bimbing .. 

Ada apa pada kecantikan paras rupanya sahaja, 
tapi budi pekerti hilang melayang entah kemana.. 
cantik di hati perlu seiring .. 

Make-up tebal-tebal sehingga berinci-inci pun belum tentu nampak cantik 
andai wudhuk tak pernah sentuh sukar untuk wajah bercahaya. 
kadang kala orang tak cantik pun boleh nampak cantik ..
air wajahnya menenangkan, sejuk mata memandang. 
tapi ada jugak yang wajah bukan main comel lote tp x sedap mata memandang. 

Pelihara kecantikan dengan keimanan .. 
kamu cantik, kita cantik .. 
jom jadi orang yg cantik .. :p