Wednesday, 16 May 2012

::surat dari seorang sahabat::


Firstly,.. happy birthday, happy birthday, happy birthday to u (*nada lagu bdy lar)

Al kisah, pada zaman dahulu kala seorang baby lelaki telah dilahirkan pada 14 may. Baby itu telah dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat tabah, yang telah bertarung nyawa untuk si anak. Alhamdulillah, dengan izinNya baby itu telah selamat dan mula menjadi seorang musafir dibumi ini. Terima kasih buat ibu kerana telah bergadai nyawa melahirkan bayi comel ini. Tanpa pengorbanan ibu mengandung, melahirkan tidak mungkin bayi ini dapat melihat dunia. Terima kasih m.cik... Bayi ini terus membesar dengan sihat dan hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang... 

Peristiwa itu telah berpuluh tahun berlalu, kini baby itu telah berusia 22 tahun genap pada tarikh tersebut. Baby ini terus "baby face" hahaha... jangan marah naaa, chek gurau ajo. 

P/s: nie pesanan saya untuk dia.. insan yang diceritakan ini merupakan sahabat saya,sy telah mengenali dirinya semenjak zaman persekolahan lagi.  Seorang yang dalam hidupnya adalah senyuman, penuh kekuatan, gila-gila, sporting, setia kawan, baik hati, tidak berkira.... caring, happy go lucky...  dll. walaupun kadang-kadang dia suka marah sebab sy x angkat tepon.. akikiki .. gurau ajer... hahaha.. tapi saya tak kisah. Sorry yer!!... 

Saya harap: 

Dia bahagia sentiasa, 
diberikan kekuatan dalam menempuhi setiap masalah 
hidupnya dipenuhi kegembiraan dan kasih sayang ... 

Saya harap: 

Tiada air mata yang menitis dari matanya (*kecuali air mata kegembiraan) 
senyuman itu terus menjadi miliknya walaupun sy ada atau tidak ... 

 Saya harap:

Dirinya terus diberkati, 
dan terus menerus bergerak ke arah yang lebih baik dari semalam yang ditinggalkan ... 
semoga setiap malamnya dihiasi dengan kebaikan.. 
semoga dia mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat ...
semoga dirinya mengapai redho Ilahi .. 

saya harap: 

Dia tidak pernah berputus asa, 
maju ke depan... walaupun sesukar mana dugaan yang dihadapi ...
(*sy tahu dia tabah) 

Saya harap: 
persahabatan kami kekal selamanya ... 


Saya tahu yang saya bukan teman yang terbaik, tapi sy cuba menjadi yang lebih baik. :) ... 

nitez dari sahabat untuk sahabat ...


No comments:

Post a Comment