Suatu hari, aku merenung langit. Indah sekali ciptaan Allah s.w.t. Langit yang hitam pekat itu kelihatan berseri dihiasi bintang yang bertebaran serta bulan yang sedang tersenyum mesra. Hati ini tidak pernah bosan mengucapkan syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk terus mengecapi damainya malam tanpa sebarang gangguan.
Hilang segala keresahan yang mengunung hilang kerisauan yang mendebarkan.
Tiba-tiba aku dibayangi tentang satu kisah kehidupan. Teringat akan adik-adikku (p/s: adikku yang betul-betul sudah tua-tua belaka) yang berada dibangku persekolah, tanpa segan silu mengunakan kemudahan yang ada dan merempit sana situ. Tanpa apa protection yang sepatutnya. Mungkin mereka membayangkan kepala mereka keras amat seperti batu gamaknya. Tapi mereka lupa, dengan resiko membayangi mereka akan jadi mentimun yang tergolek-golek berkecai. Semoga itu tidak berlaku. Kisah benar, beberapa hari yang lepas sedang aku study walaupun mood belajar tarak mari tapi aku cuba kosentrasi terdengar ngamumaaa aummmm motor-motor adik-adikku sehingga berdesing-desing. Bukan rasa geram tapi rasa kasihan, mereka yang sepatutnya berada disekolah tapi berkeliaran tanpa alasan. Mengikut hawa nafsu, bertunjangkan rakan-rakan bergerak dalam kumpulan. Dan keesokan harinya, aku diberitahu salah seorang budak tu benar-benar digilis lori hancur berkecai. Ya Allah ...
Dulu pernah terbaca kisah bekas seorang mat rempit. Ringkasnya ex mat rempit ni cakap dulu masa dia rempit, protection yang diguna memang giler power. Rempit pakai kasut, bukan selipar jepun. Rempit guna tempurung kelapa a.k.a halmet yang standard punya bukan cikai. Tapi sekarang main redah ajo. Bukan setakat tak pakai tempurung kelapa cikai tapi harapkan tempurung kepala. Mungkin kedengaran agak kasor. Renungkan kembali. Bawak-bawak bertaubat lar adik-adik. Masa depan korang panjang lagi. Fikirlar skent ma dan ayah yang penat-penat kerja untuk bagi yang terbaik. Jangn hancurkan harapan ma dan ayah kita disebabkan ikut darah muda tu.
Tadi tengah aku study dan baca buku aku terbaca satu nukilan ...
Renungkan. ... mendalam maksudnya, ..
jom insaf, lakukan yang terbaik jangan sia-siakan diri kita. :)
Tadi tengah aku study dan baca buku aku terbaca satu nukilan ...
Rusul memimpin umat
Imam memimpin makmum
Menteri memimpin rakyat
Pengurus memimpin pekerja
Nakhoda memimpin kelasi
Panglima memimpin ghurka
Ibu memimpin anak
Suami memimpin isteri
Teruna memimpin dara
Hati memimpin budi
Sapa memimpin diri sendiri??
-OGS
Renungkan. ... mendalam maksudnya, ..
jom insaf, lakukan yang terbaik jangan sia-siakan diri kita. :)
No comments:
Post a Comment