Kepenatan semalam,
buatkan aku keletihan,
mengejar bayang-bayang,
yang tak pernah berkesudahan.
Akhirnya,
aku menemui jalan mati,
sunyi dan sepi....
Rupanya,
di situ bukan penghabisan,
melainkan ia adalah permulaan.
Aku berteleku membisu,
membiarkan angin yang menerawang
menyapa lembut membelai rambut,
Aku berdiri dan terus berlari,
dihadapan jalan mati,
langkahku tidak berhenti,
....
kerana di sebalik jalan mati
ada kehidupan yang aku cari.
oleh: Chenta
26/05/2012 9.03pm
No comments:
Post a Comment