Wednesday, 9 May 2012

Sembunyikan kesedihan


Bagi diriku tiada siapa yang setabah dirinya, 
kesakitan yang menjengah hampir meranapkan cita-cita
namun dia bangkit dari kepayahan itu.

Sepanjang berada disisinya aku sering terlupa seorang gadis yang berada di hadapan ku ini adalah bekas penderita kanser. Dia sering membuatkan aku ketawa dengan cara yang tersendiri. Sedangkan aku yang sepatutnya membuatkan dirinya gembira. Namun segalanya tunggang tebalik. Setelah menghabiskan fasa-fasa menyakitkan itu dia kini kembali kepada rutinnya sebagai seorang pelajar jurusan kedoktoran. walaupun terpaksa menangguhkan pengajian selama satu semester dia tidak pernah mengalah. Apa yang dilakukan adalah cuba yang terbaik. Kadang kala dirinya lemah, dia mula menangis, namun berkat sokongan keluarga dan kawan-kawan semangatnya kembali pulih dan kini dia hampir menamatkan pengajianya.Berhadapan dengan kanser bukan perkara mudah, kadang kala seperti sedang mengahdapi saat-saat terakhir dalam kehidupan, ia kenyataan yang menyakitkan. Jika lemah, mesti kita rasa seperti hidup ini sudah musnah. Namun, jika kuat ianya dapat dijadikan ujian dalam kehidupan. Selepas melihat sendiri bagaimana yang terpaksa dihadapi menjadikan kita lebih bersyukur atas segalanya.... setiap yang berlaku ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment