Saturday, 26 May 2012
::Kepenatan semalam::
Kepenatan semalam,
buatkan aku keletihan,
mengejar bayang-bayang,
yang tak pernah berkesudahan.
Akhirnya,
aku menemui jalan mati,
sunyi dan sepi....
Rupanya,
di situ bukan penghabisan,
melainkan ia adalah permulaan.
Aku berteleku membisu,
membiarkan angin yang menerawang
menyapa lembut membelai rambut,
Aku berdiri dan terus berlari,
dihadapan jalan mati,
langkahku tidak berhenti,
....
kerana di sebalik jalan mati
ada kehidupan yang aku cari.
oleh: Chenta
26/05/2012 9.03pm
Thursday, 24 May 2012
::Yang terlupakan::
Sunday, 20 May 2012
::Hati itu::
Aku melihat gadis itu
Teguh hatinya
Kental jiwanya
Saat cinta tersungkur
Dia masih berdiri
Dan berlari
Aku melihat gadis itu
Menyibukkan diri
Setiap inci minit tertawa
Ceritanya adalah bahagia
Isi sendanya gembira
Namun...
Masih aku memerhatikannya
Disitu juga ada titis-titis air mata
Merintih parut duka rindukan cinta
Tak mudah tuk lupakan semua
Sulit berpura tanpa kekasih dijiwa
Segalanya masih biasa
Aku tahu...
Dia tak terdaya lalui semua ini
Aku tahu....
Jiwanya telah disihir cinta
Aku tahu...
Dia juga tahu
Hatinya masih cinta
Aku....
Tak mampu seperti dirinya
Tidak ada kekuatan
Jika cinta pergi
Biarkanlah aku mati
Masih aku memerhatikannya
Disitu juga ada titis-titis air mata
Merintih parut duka rindukan cinta
Tak mudah tuk lupakan semua
Sulit berpura tanpa kekasih dijiwa
Segalanya masih biasa
Aku tahu...
Dia tak terdaya lalui semua ini
Aku tahu....
Jiwanya telah disihir cinta
Aku tahu...
Dia juga tahu
Hatinya masih cinta
Aku....
Tak mampu seperti dirinya
Tidak ada kekuatan
Jika cinta pergi
Biarkanlah aku mati
Nanti....
Sekali lagi
Aku akan hidup kembali
Bangkit mencari cinta yang pernah lari
Ku pasak kekal dihati
Demi cinta selamanya
Pasti bersama
p/s: kredit kpd tuan punyer ... ambik kat fb tp tak tau dr mana (member post kat wall fb) akikiki ... :) nitez ..
Saturday, 19 May 2012
::Izinkan aku meluahkan::
Suatu hari, aku merenung langit. Indah sekali ciptaan Allah s.w.t. Langit yang hitam pekat itu kelihatan berseri dihiasi bintang yang bertebaran serta bulan yang sedang tersenyum mesra. Hati ini tidak pernah bosan mengucapkan syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk terus mengecapi damainya malam tanpa sebarang gangguan.
Hilang segala keresahan yang mengunung hilang kerisauan yang mendebarkan.
Tiba-tiba aku dibayangi tentang satu kisah kehidupan. Teringat akan adik-adikku (p/s: adikku yang betul-betul sudah tua-tua belaka) yang berada dibangku persekolah, tanpa segan silu mengunakan kemudahan yang ada dan merempit sana situ. Tanpa apa protection yang sepatutnya. Mungkin mereka membayangkan kepala mereka keras amat seperti batu gamaknya. Tapi mereka lupa, dengan resiko membayangi mereka akan jadi mentimun yang tergolek-golek berkecai. Semoga itu tidak berlaku. Kisah benar, beberapa hari yang lepas sedang aku study walaupun mood belajar tarak mari tapi aku cuba kosentrasi terdengar ngamumaaa aummmm motor-motor adik-adikku sehingga berdesing-desing. Bukan rasa geram tapi rasa kasihan, mereka yang sepatutnya berada disekolah tapi berkeliaran tanpa alasan. Mengikut hawa nafsu, bertunjangkan rakan-rakan bergerak dalam kumpulan. Dan keesokan harinya, aku diberitahu salah seorang budak tu benar-benar digilis lori hancur berkecai. Ya Allah ...
Dulu pernah terbaca kisah bekas seorang mat rempit. Ringkasnya ex mat rempit ni cakap dulu masa dia rempit, protection yang diguna memang giler power. Rempit pakai kasut, bukan selipar jepun. Rempit guna tempurung kelapa a.k.a halmet yang standard punya bukan cikai. Tapi sekarang main redah ajo. Bukan setakat tak pakai tempurung kelapa cikai tapi harapkan tempurung kepala. Mungkin kedengaran agak kasor. Renungkan kembali. Bawak-bawak bertaubat lar adik-adik. Masa depan korang panjang lagi. Fikirlar skent ma dan ayah yang penat-penat kerja untuk bagi yang terbaik. Jangn hancurkan harapan ma dan ayah kita disebabkan ikut darah muda tu.
Tadi tengah aku study dan baca buku aku terbaca satu nukilan ...
Renungkan. ... mendalam maksudnya, ..
jom insaf, lakukan yang terbaik jangan sia-siakan diri kita. :)
Tadi tengah aku study dan baca buku aku terbaca satu nukilan ...
Rusul memimpin umat
Imam memimpin makmum
Menteri memimpin rakyat
Pengurus memimpin pekerja
Nakhoda memimpin kelasi
Panglima memimpin ghurka
Ibu memimpin anak
Suami memimpin isteri
Teruna memimpin dara
Hati memimpin budi
Sapa memimpin diri sendiri??
-OGS
Renungkan. ... mendalam maksudnya, ..
jom insaf, lakukan yang terbaik jangan sia-siakan diri kita. :)
Friday, 18 May 2012
::Teruskan Usaha::
::Kadang-kadang saya rasa penat untuk belajar::
Semua yang bergelar murid/pelajar/mahasiswa
mesti pernah merasai perasaan ni.
Bila tengok buku rasa nak pengsan atau
paling-paling tak aser pening-penig lalat ajo.
paling-paling tak aser pening-penig lalat ajo.
Hilang semangat, ... pernah hadapi??
Firstly, smile...
Halau perasaan tu jauh-jauh, kita sebagai seorang student tak boleh ada perasaan tu. Kalau ada cepat-cepat lar buang. Sekarang kita kena bergerak kehadapan. Kamu boleh, saya boleh. Kita kena mula lakukan yang terbaik. Yeah!!! jom study ..semangat,semangat, sesenget!!.
Jom berperang dengan buku-buku gemoksss nie dengan senyuman.
Jom berperang dengan buku-buku gemoksss nie dengan senyuman.
Second, .. yang paling penting.
Apa tujuan kita belajar sebenarnya? untuk exam atau ilmu..
betulkan niat!!.. belajarlah kerana Allah s.w.t ..
mulakan dengan doa, .. insyaAllah.. keberkatan tu akan ada.
Lastly,
Selepas usaha dan doa kita kena ??.. berserah pada Allah ...
cemon semangat cikit..Jangan sia-sia masa yang kita ada dengan perkara yang tak dop peadoh.
kurangkan FB, kurangkan Citer korea .. bukak buku bukan mukabuku.. :)
peace no war hehehe .. sekian terima kasih, pesan m.cik pada kekasih ..
~ Nitez~
Thursday, 17 May 2012
::kursus kawen::
"gatai nak kawen dah ke p kursus nie haaaaa??::
Pada awalnya masih berbelah bagi, nak p ke tak? tapi bila fikir balik baik p ajo, bukan pe senang di masa hadapan. Lagipun, ada yang mengatakan kursus kawen ni sekali seumur hidup. Mana tahu bila masa depan ni sibuk pulakkan. Sementara ada masa free ni lebih baik guna untuk menda yang ada faedah. Boleh dapatkan pengetahuan baru, setiap orang ada pendirian masing-masing. Ada yang kata dekat-dekat nak nikah ambik kursus kawen baru kita ingat sentiasa, tapi bagi aku baik ambik awal-awal. Tak semestinya kena kawen dalam masa terdekat, tapi sebagai persediaan.
Calon?
p/s: Jodoh tu rahsia Allah .. sampai masa kita akan jumpa. :)
::kosong vs semangat ..::
"hidup tanpa semangat sangat membosankan!!::
Tanpa semangat hidup bagai tiada makna, tidak punya apa-apa... dan kosong. Bangkitlah!!, jangan terus bergulumang dengan cara hidup sebegitu, terus bersemangat maju kehadapan. Hentikan kebodohan untuk hanyut dalam penyesalan. Perkara yang telah berlku tak dapat diubah lagi. Biarkan ia terus berlalu, bertawakal. Teruskan berusaha, jangan biarkan diri sebegitu. Kerana kelihatan agak kasihan. Ayuh bangkitlah diri, ... :) nvr, nvr gv up.
Hidup mana yang tak ditimpa hujan. Kenapa nak pilih jalan yang sedih-sedih sedangkan jalan kegembiraan terbuka luas, penuh dengan kasih sayang. Chaiyok!!.. Rindu pulak nak tengok titis-titis hujan. Sekian lama tak menyentuhnya. Tapi tak akan lupa, betapa hujan itu amat mendamaikan.
Malam ni saya akan mula stdy sungguh-sungguh tak mboh main-main dah .. :)
semangat mari sudah .. sy jadi budak rajin, sy nak dapatkan reslt gempak ..
chaiyooook... :) sy bukan manusia lemah, sy kuat..
Sy akan usaha dan selebihnya adalah tawakal. Keep happy, .. may Allah bless u always .. hehehe
::big smile::
::Cinta Dalam Diam::
Aku tidak pasti kenapa perasaa itu muncul lagi. Hadirnya dia sudah sekian lama tapi dulu aku hanya anggap dia kawan biasa. Namun, hari demi hari perasaan itu bertukar menjadi suka, sayang dan cinta.Setiap hari berhadapan dengannya buat aku tersenyum sendiri, kadang kala aku tidak mampu untuk menahan diri dari menjeling kearahnya.
Melihat dirinya sedang tekun belajar buat aku tersenyum sendiri. Aku suka dia, namun suka itu kemungkinan besar tidak akan bersambut maka biarlah tidak mampu memiliki, biarlah ia terus berada di dasar hati. Aku tidak mampu berterus terang aku akan menyukai dalam diam, andai dia jodohku ... aku tersenyum riang, ..tp kalau bukan... aku redho dan pasrah. Cukuplah, sekadar bertandang di hati. ...
Yang penting aku tahu dia bahagia. Sebab apa suka??..
entah .. hehehe.. aku ader ke tak itu tak penting... yang lagi penting dia bahagia ..
peace no war ..
. 

::Kita yang tentukan::
"kita yang menentukan apa yang kita nak bukan orang lain
dengan kata lain pilihan itu ada pada kita sendiri."
Contohnya, saya nak sebiji enset, tapi duit tak cukup maka saya pun menabung!! (*mood nak beli enset baru coz yg nie dah x leh bunyi, satu lagi dah bagi kat adek aduhai!) hehehe .. lepas tu orang lain duk kata beli yang mahal, tapi duet kte tak cukop lagi :( maka keputusan di tangan kita. Beli ajer yang murah asal leh guna. Jangan nak membazir.Analogi tak kena ke eik??... hahaha ..
Tak kesah lar nak buat apa pun, yang penting kita "enjoy". Jangan letak masalah dihadapan tapi letak kat belakang. Just, nikmati hidup kita elok-elok. Gapailah bintang dilangit, sentuhlar awan putih di siang hari. Hidup baik-baik. Tapi !!! ingat batas-batas kita sebagai seorang insan yang beragama Islam. Jangan mengejar keseronokan hingga tergadai iman. Agak-agak lar, kte dah besar boleh fikir mana baik atau buruk. Pilih lar sendri. ... selagi tak melanggar hukum agama tak per. Kalau tak beik jangan buat. Sebab ada banyak lagi menda lean yang kte boleh buat. Tak gitu??.. hehehe... keep smile, u look pretty..
Wednesday, 16 May 2012
::Luahan hari seorang murid, Selamat Hari Guru::
Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari yang bermakna terutama yang menyandang gelaran pendidik a.k.a teacher a.k.a ustazah a.k.a ustaz a.k.a .. dll ..Mungkin dalam meraikan insan-insan berjasa ni kita terlupa pada dua orang guru yang setia mengajar kita tentang kasih sayang, kehidupan dan cinta halal. Sudah tentu untuk ma&ayah kita lar. Guru yang tidak pernah jemu memberikan bimbingan yang tidak dapat dipertikaikan lagi keikhlasannya. Semata-mata untuk memastikan kita mendapat yang terbaik.
Terima kasih buat ma&ayah..
Berkat bimbingan, nasihat, serta doa yang berterusan darimu
maka anakmu ini sedang melangkah setapak ke hadapan.
Dulu masa kecik-kecik lar nie, pagi-pagi tgk ma&ayh sibuk bersiap ke sekolah.
(*ma&ayh cikgu sk rendah :) .. masa tu dah mula jatuh cinta pada kerjaya seorang guru ...
Bila dah makin besar makin banyak pula cita-cita (ms sk rendah)
bila tengok citer Gerak Khas nak jadi polis,
bila tengok citer roda-roda kuala lumpur nak jadi polis trafik ...
tgk citer cina yang pukul 7, nk jadi peguam, dr, dll ...
Tapi bila dah dewasa... fikiran makin matang,
akhirnya kerjaya guru jadi pilihan.
Terima kasih buat semua guru yang mendidik tanpa jemu. Cabaran jadi guru sekarang dah tak macam dulu. Silap sikit, ada lar "love letter" menanti. Alahai!! manjanya. Tapi nak buat macam manakan?.
Zaman sekolah dulu memang agak nakal, selalu tak buat kerja rumah yang cikgu suruh. Pernah sekali tu lupa buat addmath (*buat-buat lupa) hehehe.. memang tak pandai. Lastly, cikgu suh jalan itik.. kwek,kwek,kwek. Tapi ramai-ramai tak segan sangat. Cikgu Addmath yang sangat penyabar dengan kerenah kami. Terima kasih cikgu.. maaf memang silap kami dulu, .. nyesal dohhh... Cikgu denda sebab cikgu sayang bukan nak siksa, jadi bila buat salah memang kena bertanggungjawab lar skent. Cikgu nak bagi kita ilmu bukan saja-saja cikgu denda-denda. Dan bukan mudah nak jadi seorang guru tau!!.. Bila renung balik, rasa bertuah sangat dapat guru-guru yang sangat baik sepanjang perjalanan hidup ni. Masa sekolah rendah dapat guru yang sangat komited. Ingat lagi Teacher Rozita, Cikgu Suhaimi, Ustazah Zaini... dll. Mereka tak pernah merungut. Alhamdulillah, ..
Realiti sekarang!! ...
Itu cabaran bukan halangan yang penting kerja dilakukan dengan penuh keikhlasan ..
Dulu-dulu masa dalam kelas memang takut sangat kena soal. Bila cikgu tanya sape nak jawab soalan ke depan aser nak nyorok bawah meja. Tarik alas, biar cikgu tak nampak, kesian cikgu tak da orang nak jawab, lastly kena paksa rela. Maaf cikgu ...Maka saya pun jawab. Bukan cikgu marah pun kalau salah.Lepas saya dah belajar, baru saya faham rupanya cikgu soal tu sebab cikgu nak tahu kita betul-betul faham atau kta buat-buat faham.. dan adakah objektif p&p tercapai..
Sekarang dah tau ... cikgu nak ajar kte supaya kita ingat apa yang kita belajar tu bukan kejap aja tapi sampai bila-bila. Cikgu sayang kita, kalau ada yang cikgu marah bukan sebab benci. Nak jadi cikgu bukan mudah, murid akan perhati dari atas sampai bawah. Nak jadi "role model" tu senang ke? silap sikit impaknya besar. Seorang guru akan mencorakkan satu generasi.
Mungkin nampak keja cikgu mudah, cuti banyak ...
sorry .. tak semudah itu okay!!...
Malam: Kena buat RPH, rancang betul-betul apa yang nak diajar esok, untuk pastikan murid faham kena buat BBM, nak lagi faham kena rancang strtegi yang betul-betul terbaik. Alamaknya dalam kul 1 or 2 pagi baru boleh tidur.
Pagi: bangun awal, siap-siap utk ke sekolah. Bagi yang ada anak kena masak dan sebagainya. 7.30 -1.30 berada disekolah ...
Petang: Aktiviti ko-kurikulum, 1 murid 1 sukan ....
Ok nampak ringkaskan ...
Tugas tambahan: Setiausaha -setiauusaha ..
Kutip yuran, mesyuarat situ sini sana, kursus, fasilitator utk proram motivasi sekolah, kem kecemerlangan, perkhemahan, pengadil rumah sukan, jurulatih olahraga, isi data murid, pastikan pengurusan bilik darjah terbaik utk pastikan kelas kondusif, gotong royong, keceriaan sekolah, program RMT, urus buku teks, biasiswa, hari kantin, dlllll... terlalu banyak untuk disenaraikan ...
guru yang merancang, guru yang melaksana ... guru adalah pengerak ..
(*dari sekecil tugas hinggalah sebesar tugas)
::saya sayang cikgu::
Cikgu ajar saya ABC...
Cikgu bimbing saya untuk belajar membaca,..
cikgu didik saya sampai saya jadi manusia ..
sy sayang cikgu ... i love u so much ..
jasamu ku kenang sampai bila-bila ...
::selamat hari guru::
::surat dari seorang sahabat::
Firstly,.. happy birthday, happy birthday, happy birthday to u (*nada lagu bdy lar)
Al kisah, pada zaman dahulu kala seorang baby lelaki telah dilahirkan pada 14 may. Baby itu telah dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat tabah, yang telah bertarung nyawa untuk si anak. Alhamdulillah, dengan izinNya baby itu telah selamat dan mula menjadi seorang musafir dibumi ini. Terima kasih buat ibu kerana telah bergadai nyawa melahirkan bayi comel ini. Tanpa pengorbanan ibu mengandung, melahirkan tidak mungkin bayi ini dapat melihat dunia. Terima kasih m.cik... Bayi ini terus membesar dengan sihat dan hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang...
Peristiwa itu telah berpuluh tahun berlalu, kini baby itu telah berusia 22 tahun genap pada tarikh tersebut. Baby ini terus "baby face" hahaha... jangan marah naaa, chek gurau ajo.
P/s: nie pesanan saya untuk dia.. insan yang diceritakan ini merupakan sahabat saya,sy telah mengenali dirinya semenjak zaman persekolahan lagi. Seorang yang dalam hidupnya adalah senyuman, penuh kekuatan, gila-gila, sporting, setia kawan, baik hati, tidak berkira.... caring, happy go lucky... dll. walaupun kadang-kadang dia suka marah sebab sy x angkat tepon.. akikiki .. gurau ajer... hahaha.. tapi saya tak kisah. Sorry yer!!...
Saya harap:
Dia bahagia sentiasa,
diberikan kekuatan dalam menempuhi setiap masalah
hidupnya dipenuhi kegembiraan dan kasih sayang ...
Saya harap:
Tiada air mata yang menitis dari matanya (*kecuali air mata kegembiraan)
senyuman itu terus menjadi miliknya walaupun sy ada atau tidak ...
Saya harap:
Dirinya terus diberkati,
dan terus menerus bergerak ke arah yang lebih baik dari semalam yang ditinggalkan ...
semoga setiap malamnya dihiasi dengan kebaikan..
semoga dia mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat ...
semoga dirinya mengapai redho Ilahi ..
saya harap:
Dia tidak pernah berputus asa,
maju ke depan... walaupun sesukar mana dugaan yang dihadapi ...
(*sy tahu dia tabah)
Saya harap:
persahabatan kami kekal selamanya ...
Saya tahu yang saya bukan teman yang terbaik, tapi sy cuba menjadi yang lebih baik. :) ...
nitez dari sahabat untuk sahabat ...
Wednesday, 9 May 2012
Sembunyikan kesedihan
Bagi diriku tiada siapa yang setabah dirinya,
kesakitan yang menjengah hampir meranapkan cita-cita
namun dia bangkit dari kepayahan itu.
Sepanjang berada disisinya aku sering terlupa seorang gadis yang berada di hadapan ku ini adalah bekas penderita kanser. Dia sering membuatkan aku ketawa dengan cara yang tersendiri. Sedangkan aku yang sepatutnya membuatkan dirinya gembira. Namun segalanya tunggang tebalik. Setelah menghabiskan fasa-fasa menyakitkan itu dia kini kembali kepada rutinnya sebagai seorang pelajar jurusan kedoktoran. walaupun terpaksa menangguhkan pengajian selama satu semester dia tidak pernah mengalah. Apa yang dilakukan adalah cuba yang terbaik. Kadang kala dirinya lemah, dia mula menangis, namun berkat sokongan keluarga dan kawan-kawan semangatnya kembali pulih dan kini dia hampir menamatkan pengajianya.Berhadapan dengan kanser bukan perkara mudah, kadang kala seperti sedang mengahdapi saat-saat terakhir dalam kehidupan, ia kenyataan yang menyakitkan. Jika lemah, mesti kita rasa seperti hidup ini sudah musnah. Namun, jika kuat ianya dapat dijadikan ujian dalam kehidupan. Selepas melihat sendiri bagaimana yang terpaksa dihadapi menjadikan kita lebih bersyukur atas segalanya.... setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)








