Wednesday, 4 April 2012

::only u hv the key::


Kepada Jodohku, 
Apa khabar dirimu,.. adakah baik-baik aja?
jagalah sekeping hatimu itu baik-baik
 jangan dicemari dengan cinta yang belum pasti, 
simpankan kunci hatimu buatku, jangan diberi pada orang sebarangan. 

Jodohku... 
biarlah hijap itu terus tertutup andai masanya belum tiba,..
biarlah kita berjarak kerana jarak itu bukan pemisah 
tapi jarak itu yang menjaga aku dan kamu..
 Kunci itu hanya ku berikan selepas kamu sudah sah menjadi suamiku... 
selepas dirimu lulus akad nikahnya... 

Jodohku ..
Berilah aku peluang untuk menjaga hatimu sebagaimana kamu menjaga hatiku,
Ketahuilah jodohku, aku adalah pencari cinta yang halal... 
aku juga pencari cinta yang hakiki, 
bimbinglah aku untuk mendapat keredhoan Ilahi, 
 jangan biarkan aku hanyut sendiri.. 

Jodohku... 
sementara masa masih ada.. 
sementara hijab masih belum terbuka ...
lengkapkanlah ilmu berumahtanggamu .. 
kasihanilah aku yang mengharapkan dirimu sebagai imamku..
kasihanilah aku yang mendambakan bimbinganmu .. 
jangan dibiarkan aku hanyut.. 
tegurlah kesilapanku,... 
maafkan kesalahanku ... 

~~Selamat Malam Chenta ~~




2 comments: