Tuesday, 19 June 2012

::Fahami Aku!!::

"selagi kamu belum melalui, merasai dan berada di tempat itu kamu masih belum memahami" 

Semua orang boleh mengemukakan pendapat masing-masing kerana tiada halangan dalam berkata-kata untuk meluahkan pendapat peribadi. Tapi perlu diingatkan, jagalah perkataan-perkataan berbisa yang sesekali singgah dibibir dan meluncur laju menghiris perasaan orang lain. Kadang kala, kita ingat kita cukup memahami padahal sebenarnya kita tidak faham apa-apa. Hasad dengki, irih hati mejadi raja dalam setiap pertimbangan. 

Mereka yang tidak mengalami, sukar untuk memahami situasi orang lain. Hanya yang melalui mengetahui jerit perih berhadapan dengan segala ujian yang dihadapi. Jangan terlalu cepat menghukum, meninggal akal berajakan nafsu. Maka, akan timbul persengketaan yang mengundang perpecahan. Setiap orang ada hati serta perasaan. 

Kita menganggap mereka itu tidak berperikemanusiaan tapi yang kita tahu hanyalah luaran, sekadar meninjau dari lapisan permukaaan. Kita tidak mendalami punca ia terjadi. Sedangkan punca itu adalah jawapan kepada persoalan kenapa ia berlaku. ....


Tuesday, 12 June 2012

::ini hidup aku yang punya::

Kita sering melihat kehidupan orang lain lebih bertuah daripada hidup kita sedangkan orang lain menganggap sebaliknya iaitu hidup kita lebih bertuah dari dirinya.

Hidup kita, kita yang tentukan bukan orang lain. Andai elok kita hari ini eloklah masa depan kita. Kita buatkan hari menjadi kelam dengan mencari kelebihan orang lain dan menidakkan kelebihan diri. Kita mula membenci apa yang ada disekeliling kita, dan akhirnya kita sendiri yang rugi.

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan diri masing-masing dan ia berlainan bukan sama.Yang boleh menerokai kelebihan itu adalah diri sendiri dan orang yang rapat dengan diri kita. Gilap potensi yang ada. kita pun nak berjaya macam orang lain jugakkan. Jangan jadi kuman monyok tak cukup zat ajer duk teropong orang lain punya kelebihan.

Peluang untuk kita sama shj. Memiliki 24 jam yang sama, tapi bagaimana cara kita mengunakannya? adakah berbaloi atau tertoloi? fikirkanlah, jangan sampai kita menyesal. Adakah kita masih mampu ketawa setelah menyedari terlalu banyak masa kita ditipu dunia? seimbangkannya.

p/s: hidup baik-baik 


::air mata berhentilah::

Disaat itu, aku terpelosok sendiri,
Air mata enggan berhenti mengalir, laju dan kian laju,
si kecil berbaju tidur itu dipandang sepi,
hati ini meronta-ronta untuk memeluknya,
namun apa daya ini, ...

Mata itu dipandang sayu,
merayu-rayu agar aku terus memeluknya,
menghapuskan kedukaan dihatinya,

Aku yang tidak mampu ini,
lemah tidak berdaya....


Pengorbanan itu perlu untuk mengiringi kejayaan, 
walaupun pahit untuk ditelan namun hakikatnya perlu dihadapi, 
bila saya berada dekat dengan seseorang yang rapat dengan saya dan sedang berjuang untuk mendapatkan phd saya tahu dan dapat merasai betapa susahnya untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup ni. Selama ni memang x tergambar betapa susahnya untuk mencapai tahap dr falsafah tapi bila lihat sendiri prosesnya baru sy sedar. Sekarang saya perlu tumpukan sepenuh perhatian utk ijazah dlu. Masih panajng langkah dan perjuangan saya. Semoga k.lg bjya dpt phd cpt2 ...

Saturday, 26 May 2012

::Kepenatan semalam::



Kepenatan semalam,
buatkan aku keletihan,
mengejar bayang-bayang,
yang tak pernah berkesudahan.

Akhirnya,
aku menemui jalan mati,
sunyi dan sepi....

Rupanya,
di situ bukan penghabisan,
melainkan ia adalah permulaan.

Aku berteleku membisu,
membiarkan angin yang menerawang
menyapa lembut membelai rambut,

Aku berdiri dan terus berlari,
dihadapan jalan mati,
langkahku tidak berhenti,
....
kerana di sebalik jalan mati
ada kehidupan yang aku cari.

oleh: Chenta
26/05/2012 9.03pm 

Thursday, 24 May 2012

::Yang terlupakan::










Malam ini indah,
bintang berkelipan
bulan tersenyum riang
langit hitam kegelapan

....
untuk terus tersenyum dua watak kehidupan telah dimatikan
Biarpun ia terus mencari ruang namun tiada yang mahu mengendahkan
watak-watak lain terus hidup dan menari-nari menangisi watak yang mati.


Sunday, 20 May 2012

::Hati itu::




Aku melihat gadis itu
Teguh hatinya
Kental jiwanya
Saat cinta tersungkur
Dia masih berdiri
Dan berlari

Aku melihat gadis itu
Menyibukkan diri
Setiap inci minit tertawa
Ceritanya adalah bahagia
Isi sendanya gembira
 
Namun...
Masih aku memerhatikannya
Disitu juga ada titis-titis air mata
Merintih parut duka rindukan cinta
Tak mudah tuk lupakan semua
Sulit berpura tanpa kekasih dijiwa
Segalanya masih biasa

Aku tahu...
Dia tak terdaya lalui semua ini
Aku tahu....
Jiwanya telah disihir cinta
Aku tahu...
Dia juga tahu
Hatinya masih cinta

Aku....
Tak mampu seperti dirinya
Tidak ada kekuatan
Jika cinta pergi
Biarkanlah aku mati

Nanti....
Sekali lagi
Aku akan hidup kembali
Bangkit mencari cinta yang pernah lari
Ku pasak kekal dihati
Demi cinta selamanya
Pasti bersama


p/s: kredit kpd tuan punyer ... ambik kat fb tp tak tau dr mana  (member post kat wall fb) akikiki ... :) nitez ..

Saturday, 19 May 2012

::Izinkan aku meluahkan::

Suatu hari, aku merenung langit. Indah sekali ciptaan Allah s.w.t. Langit yang hitam pekat itu kelihatan berseri dihiasi bintang yang bertebaran serta bulan yang sedang tersenyum mesra. Hati ini tidak pernah bosan mengucapkan syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk terus mengecapi damainya malam tanpa sebarang gangguan. 

Hilang segala keresahan yang mengunung hilang kerisauan yang mendebarkan. 



Tiba-tiba aku dibayangi tentang satu kisah kehidupan. Teringat akan adik-adikku (p/s: adikku yang betul-betul sudah tua-tua belaka) yang berada dibangku persekolah, tanpa segan silu mengunakan kemudahan yang ada dan merempit sana situ. Tanpa apa protection yang sepatutnya. Mungkin mereka membayangkan kepala mereka keras amat seperti batu gamaknya. Tapi mereka lupa, dengan resiko membayangi mereka akan jadi mentimun yang tergolek-golek berkecai. Semoga itu tidak berlaku. Kisah benar, beberapa hari yang lepas sedang aku study walaupun mood belajar tarak mari tapi aku cuba kosentrasi terdengar ngamumaaa aummmm motor-motor adik-adikku sehingga berdesing-desing. Bukan rasa geram tapi rasa kasihan, mereka yang sepatutnya berada disekolah tapi berkeliaran tanpa alasan. Mengikut hawa nafsu, bertunjangkan rakan-rakan bergerak dalam kumpulan. Dan keesokan harinya, aku diberitahu salah seorang budak tu benar-benar digilis lori hancur berkecai. Ya Allah ... 

Dulu pernah terbaca kisah bekas seorang mat rempit. Ringkasnya ex mat rempit ni  cakap dulu masa dia rempit, protection yang diguna memang giler power. Rempit pakai kasut, bukan selipar jepun. Rempit guna tempurung kelapa a.k.a halmet yang standard punya bukan cikai. Tapi sekarang main redah ajo. Bukan setakat tak pakai tempurung kelapa cikai tapi harapkan tempurung kepala. Mungkin kedengaran agak kasor. Renungkan kembali. Bawak-bawak bertaubat lar adik-adik. Masa depan korang panjang lagi. Fikirlar skent ma dan ayah yang penat-penat kerja untuk bagi yang terbaik. Jangn hancurkan harapan ma dan ayah kita disebabkan ikut darah muda tu.

 Tadi tengah aku study dan baca buku aku terbaca satu nukilan ...

Rusul memimpin umat 
Imam memimpin makmum
Menteri memimpin rakyat
Pengurus memimpin pekerja
Nakhoda memimpin kelasi
Panglima memimpin ghurka 
Ibu memimpin anak 
Suami memimpin isteri 
Teruna memimpin dara 
Hati memimpin budi 
Sapa memimpin diri sendiri??

-OGS


Renungkan. ... mendalam maksudnya, ..
jom insaf, lakukan yang terbaik jangan sia-siakan diri kita. :)