Tuesday, 19 June 2012

::Fahami Aku!!::

"selagi kamu belum melalui, merasai dan berada di tempat itu kamu masih belum memahami" 

Semua orang boleh mengemukakan pendapat masing-masing kerana tiada halangan dalam berkata-kata untuk meluahkan pendapat peribadi. Tapi perlu diingatkan, jagalah perkataan-perkataan berbisa yang sesekali singgah dibibir dan meluncur laju menghiris perasaan orang lain. Kadang kala, kita ingat kita cukup memahami padahal sebenarnya kita tidak faham apa-apa. Hasad dengki, irih hati mejadi raja dalam setiap pertimbangan. 

Mereka yang tidak mengalami, sukar untuk memahami situasi orang lain. Hanya yang melalui mengetahui jerit perih berhadapan dengan segala ujian yang dihadapi. Jangan terlalu cepat menghukum, meninggal akal berajakan nafsu. Maka, akan timbul persengketaan yang mengundang perpecahan. Setiap orang ada hati serta perasaan. 

Kita menganggap mereka itu tidak berperikemanusiaan tapi yang kita tahu hanyalah luaran, sekadar meninjau dari lapisan permukaaan. Kita tidak mendalami punca ia terjadi. Sedangkan punca itu adalah jawapan kepada persoalan kenapa ia berlaku. ....


Tuesday, 12 June 2012

::ini hidup aku yang punya::

Kita sering melihat kehidupan orang lain lebih bertuah daripada hidup kita sedangkan orang lain menganggap sebaliknya iaitu hidup kita lebih bertuah dari dirinya.

Hidup kita, kita yang tentukan bukan orang lain. Andai elok kita hari ini eloklah masa depan kita. Kita buatkan hari menjadi kelam dengan mencari kelebihan orang lain dan menidakkan kelebihan diri. Kita mula membenci apa yang ada disekeliling kita, dan akhirnya kita sendiri yang rugi.

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan diri masing-masing dan ia berlainan bukan sama.Yang boleh menerokai kelebihan itu adalah diri sendiri dan orang yang rapat dengan diri kita. Gilap potensi yang ada. kita pun nak berjaya macam orang lain jugakkan. Jangan jadi kuman monyok tak cukup zat ajer duk teropong orang lain punya kelebihan.

Peluang untuk kita sama shj. Memiliki 24 jam yang sama, tapi bagaimana cara kita mengunakannya? adakah berbaloi atau tertoloi? fikirkanlah, jangan sampai kita menyesal. Adakah kita masih mampu ketawa setelah menyedari terlalu banyak masa kita ditipu dunia? seimbangkannya.

p/s: hidup baik-baik 


::air mata berhentilah::

Disaat itu, aku terpelosok sendiri,
Air mata enggan berhenti mengalir, laju dan kian laju,
si kecil berbaju tidur itu dipandang sepi,
hati ini meronta-ronta untuk memeluknya,
namun apa daya ini, ...

Mata itu dipandang sayu,
merayu-rayu agar aku terus memeluknya,
menghapuskan kedukaan dihatinya,

Aku yang tidak mampu ini,
lemah tidak berdaya....


Pengorbanan itu perlu untuk mengiringi kejayaan, 
walaupun pahit untuk ditelan namun hakikatnya perlu dihadapi, 
bila saya berada dekat dengan seseorang yang rapat dengan saya dan sedang berjuang untuk mendapatkan phd saya tahu dan dapat merasai betapa susahnya untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup ni. Selama ni memang x tergambar betapa susahnya untuk mencapai tahap dr falsafah tapi bila lihat sendiri prosesnya baru sy sedar. Sekarang saya perlu tumpukan sepenuh perhatian utk ijazah dlu. Masih panajng langkah dan perjuangan saya. Semoga k.lg bjya dpt phd cpt2 ...